Thursday , October 10 2024
Home / Akuakultur / COVID-19: Pengusaha Ikan Air Tawar Terjejas

COVID-19: Pengusaha Ikan Air Tawar Terjejas

JELEBU: Penternak ikan air tawar dan udang galah di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian jutaan ringgit sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berlanjutan bagi tempoh lebih lama.

Ini berikutan kebanyakan pengusaha yang sebelum ini menjual hasil ternakan ke pasar tani, pasar malam dan restoran tidak lagi dapat berbuat demikian.

Pengurus Kalang Enterprise, Abd Razak Ahmad, berkata penutupan restoran dan pasar tani di sekitar Kajang, Selangor; Nilai, Negeri Sembilan dan Melaka turut menjejaskan jualan ikan tilapia diusahakan bersama seorang rakan.

Katanya, kebiasaan pihaknya menjual lapan tan ikan tilapia sebulan kepada pengusaha restoran dan peniagapasar tani.

”Selain itu ikan turut dijual kepada pengusaha kolam pancing, namun ia turut dihentikan sebaik PKP diumumkan.

”Jika PKP ini berterusan ia akan merumitkan keadaan pengusaha ikan ternakan yang mungkin akan menanggung kerugian akibat tidak dapat menjual ikan yang kebanyakan mempunyai gred A.

“Ikan di dalam kolam perlu diberi makan dua kali sehari dan kos makanan sahaja mencecah RM30,000” katanya yang mengusahakan enam kolam ikan di Kampung Kalang, Ulu Jelebu.

Abd Razak berkata, industri akuakultur ini perlu diberi bantuan oleh kerajaan sama ada subsidi makanan ikan atau dalam bentuk khidmat sokongan menjual ikan.

Katanya, ketika ini hanya pasar awam Bahau yang membuat tempahan ikan daripada syarikatnya dan ikan dihantar setiap dua hari sekali.

”Kebanyakan pengusaha menyusun semula aktiviti perniagaan mereka namun jika keadaan berterusan bagi tempoh lama, ia boleh merugikan penternak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pertang Talapia Sdn Bhd, Mohd Khari Latif, berkata tiada permintaan ikan gred A disebabkan penutupan banyak restoran tidak beroperasi.

Katanya, kebiasaan pengeluaran mencecah sehingga 3.5 tan sehari namun selepas PKP hanya 1 tan sahaja.

”Sekiranya PKP ini berlarutan, kita terpaksa beroperasi pada tahap minimum, namun jika keadaan pulih, stok bekalan ikan air tawar akan menghadapi masalah.

”Kita berharap Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dapat memainkan peranan bagi menangani kemelut dihadapi penternak ikan air tawar,” katanya.

Sumber: Berita Harian
Oleh: Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

Ikan Kelah Bara Tembat

Malaysian Red Mahseer Fish Facts

Aquarium Fish? The Malaysian Red Mahseer is suited for an aquarium. However, this fish grows …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *