Spesis Ikan Kelah Biru ini sangat sukar didapati di Malaysia. Ikan Kelah ini dipanggil begitu kerana siripnya yang berwarna kebiru – biruan. Berdasarkan kajian, spesis ikan kelah ini boleh didapati di sekitar kawasan Taman Negara Endau Rompin. Ada juga pengkaji dan peminat yang melaporkan spesis ini boleh didapati di Sungai Langat, Selangor dan Sungai Lipis di Pahang.
Berbeza dengan Ikan Kelah Merah, Ikan Kelah Biru ini hanya boleh membesar sehingga 3kg sahaja.
Dari segi saintifik, Ikan Kelah Biru ini diklasifikasikan sebagai “Tor Duoronensis“.
Ikan Kelah Biru ini juga jika diperhatikan seperti ikan Deccan Mahseer atau “Tor Khudree” di India, seperti gambar di bawah.
Walaupun wajahnya kelihatan sama dan ada iras kebiru biruan, tapi dari segi kemampuan untuk membesar, sangat jauh bezanya. Ikan Kelah Biru Malaysia hanya membesar di bawah 3kg sementara ikan Deccan Mahseer boleh membesar hingga puluhan kilogram seperti gambar di atas.
Info lanjut tentang Tor Khudree
Satu perkara lagi ialah, jangan dikelirukan dengan Ikan Kelah Biru Thailand yang banyak dijual di kedai kedai akuarium seperti di bawah. Ada garisan kehitaman merentasi horizontal dari ekor ke kepala. Tubuh badan ikan kelah biru Thailand ini juga lebih “membulat”.
Ikan yang ditunjukkan anak panah di bawah ini pun, ada yang mengatakan sebagai Ikan Kelah Biru Siam/Thailand. Lihat pada siripnya yang kebiruan itu.
Ada sesetengah penternak dan penghobi ikan kelah, mereka boleh mem”biru”kan ikan kelah merah dengan menggunakan bahan bahan tertentu. Selepas 2 minggu, ikan kelah merah bertukar menjadi kebiru biruan :).