Tuesday , March 19 2024
Home / Ikan Kelah / Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak  jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.

Umpan Buah Buahan Hutan

Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung, buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, dan buah mata lembu. Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.

Bagaimanapun buah buahan itu sukar didapati kecuali di dalam hutan atau di pinggir kampung. Persiapan umpan perlu dibuat di rumah lebih awal. Maka pilihan lain yang terbaik ialah buah kelapa sawit. Negara kita dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Ini adalah makanan yang asing bagi ikan kelah.

Umpan Buah Kelapa Sawit

Jadi dengan bantuan resepi khas, buah sawit tadi menjadi makanan yang lazat untuk kelah dan resepi ini dipanggil umpan sawit peram. Ada juga yang potong dadu cucuk sate dan terus guna untuk memancing. Tapi yang paling popular ialah peram buah sawit itu terlebih dahulu. Pilih buat sawit yang dah masak dan tebal banyak minyak. Cara mudah nak tahu buah sawit yang dah masak ialah buah sawit yang dah gugur di pangkal pokok kelapa sawit. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja petik buah sawit, kita panggil buah lerai.

Kemudian, bungkus buah sawit dengan kertas surat khabar kemudian masukkan dalam beg atau karung plastik. Plastik bekas pampers anak pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus ketat dan kemas, jangan bagi udara masuk. Biarkan selama 5 ke 7 hari. Biasanya apabila dibungkus akan menjadi lembab sebab berpeluh. Boleh buka semula dan balut semula dengan kertas surat khabar baru dan bungkus dengan beg atau karung plastik semula untuk lagi 5 ke 7 hari. Biasanya dah peram 2 minggu kira dah boleh guna untuk operasi memburu kelah. Ada juga yang kata, cuba biar sampai 3 minggu, baunya lebih harum. Baru boleh memukau kelah.

Selepas 2 atau 3 minggu, buah sawit yang diperam tadi sedia untuk digunakan dalam ekspedisi memburu kelah. Bagaimana dengan pengalaman anda menggunakan umpan kelah? Sama atau ada yang lain?

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *