IKAN KELAH DiNobatkan Sebagai
Raja Ikan Air Tawar
[The King Of The Fresh Water Fish]
Tiga soalan yang selalu ditanyakan kepada kami:
1. Macam mana nak ternak ikan kelah?
2. Berapakah harga anak benih ikan kelah?
3. Macam mana nak beli?
Ok… berikut ialah penerangan ringkas untuk ketiga tiga soalan tersebut.
Macam Mana Nak Ternak Ikan Kelah?
Anda perlu sediakan perkara berikut:
1. Tempat Untuk Menampung Air & Ikan.
Ini semua boleh dijadikan sebagai tempat untuk habitat ikan kelah – kolam tanah, kolam simen, kolam kanvas, kolam fiber ataupun akuarium kaca. Sangkar dalam tasik pun boleh.
2. Masukkan Air Yang Bersih.
Untuk skala kecil di rumah, boleh guna air paip. Ini air yang baik kerana telah dirawat. Sesuai diminum untuk manusia, begitu juga untuk kehidupan ikan. Nota: Jika masuk air dan nak masukkan ikan terus, kena masukkan “anti klorin”.
3. Inject Angin Ke Dalam Air.
Boleh gunakan “aerator”. Jika kolam besar boleh gunakan “blower”. “Aerator” juga selalu disebut sebagai “air pump”. Ada juga yang guna “paddle wheel” jika kolamnya besar dan jumlah ikannya padat.
4. Aktifkan Ekosistem.
Aktifkan sistem ekosistem anda di atas beberapa hari lebih awal sebelum masuk ikan.
5. Masukkan Ikan.
Sekarang anda dah boleh masukkan anak benih ikan kelah atau pun ikan kelah besar. Terpulang kepada anda.
6. Sistem Penapis.
Sangat baik jika anda pasangkan sistem penapis. Bahan buangan dalam sistem ekosistem boleh ditapis agar air sentiasa bersih. Ikan jadi sihat. Kita pun senang nampak ikan. Kita seronok tengok ikan.
7. Pantau Ekosistem.
Sekarang anda boleh menikmati ikan kelah merah anda. Di samping itu, sebaiknya pantau kehidupan ikan anda itu, iaitu ikannya, airnya, pamnya, penapisnya dan siap sedia dengan “portable battery pump” sekiranya terputus bekalan elektrik. Nota: Jika saiz kolam 20 kaki x 20 kaki ke atas, tidak perlu siap sedia dengan “portable battery pump”.
Macam Mana Nak Beli Ikan Kelah Merah?
Sangat mudah. Hubungi kami di sini atau Call/WhatsApp 014 – 526 0639 dan maklumkan:
a. Nama & Dari Mana
b. Jumlah – Nak Berapa Ekor?
c. Saiz – Nak Saiz Berapa Inci?
d. Lokasi Penghantaran @ Ambil Sendiri?
e. Bila Nak?
f. Buat Pembayaran (Info Bayaran Akan Dimaklumkan)
Kemudian, kami akan membuat penghantaran dalam masa 72 Jam.
Berapakah Harga Ikan Kelah Merah?
Berikut ialah senarai harga ikan kelah merah berdasarkan saiz:
Harga Telah Dikemaskini Pada: 1 Januari, 2020
Saiz 1-2 Inci: RM10/Ekor
Saiz 2-3 Inci: RM15/Ekor
Saiz 3-4 Inci: RM20/Ekor
Saiz 4-5 Inci: RM30/Ekor
Saiz 5-6 Inci: RM40/Ekor
Saiz 6-7 Inci: RM80/Ekor
Saiz 7-8 Inci: RM90.00/Ekor
Saiz 8-9 Inci: RM100/Ekor
Saiz 9-10 Inci: RM150/Ekor
Saiz 10-11 Inci: RM200/Ekor
Saiz 11-12 Inci: RM250.00/Ekor (1 Kaki)
Saiz 12-13 Inci: RM300/Ekor
Saiz 13-14 Inci: RM350/Ekor
Saiz 14-15 Inci: RM400/Ekor
Saiz 15-16 Inci: RM450/Ekor (1Kg)
Gambar Anak Benih Kelah Merah Dan Ikan Kelah Merah Besar
Pesanan Kepada Yang Baru Buat Kolam Simen:
Jika anda membina kolam simen yang baru, pastikan kolam anda telah dirawat secara tradisional dengan tanah (7 hari) dan batang pisang (7 hari) yang biasanya mengambil masa minima 14 hari. Baru masuk beberapa ekor anak ikan dan tunggu lagi 3 hari. Jika ok, baru order anak benih kelah:)
Antara Gambar Kolam & Aktiviti Pelanggan IkanKelah.com
Pelbagai Jenis Kolam
Gambar Aktiviti Penghantaran Anak Benih Kelah Kepada Pelanggan IkanKelah.com