Tip Mengenal Punca Dan Tanda-Tanda Ikan Sakit
Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam hormat,
Rakan IKDC sekalian,
Hari ini kami ingin berkongsi informasi tentang bagaimana kita boleh mengenal punca dan tanda-tanda ikan sakit. Ikan yang kita ternak boleh dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
3 Punca Ikan Sakit:
-
Persekitaran.
-
Patogen.
-
Ikan itu sendiri.
Penyakit ikan boleh berlaku disebabkan oleh salah satu punca di atas atau kombinasi ketiga-tiganya.
Punca dari persekitaran seperti perubahan suhu, larutan oksigen, kualiti air, amonia (najis ikan), kualiti makanan dan kepadatan ikan.
Tidak lupa juga, di bawah punca persekitaran ini ialah faktor manusia, iaitu si penternak (kita) menjadi agen kepada jangkitan penyakit ikan! Teknik pengendalian yang tidak cermat. Kita pegang ikan sakit di satu kolam, kemudian kita pegang pula ikan sihat di kolam lain. Tanpa membersihkan tangan atau alatan yang kita gunakan.
Punca dari patogen seperti bakteria, parasit, kulat dan fungus. Ini semua adalah mikro organisma yang menjadi sebahagian daripada ekosistem kolam ternakan.
Punca dari ikan itu sendiri kesan dari 2 punca di atas. Ikan juga boleh cedera @ sakit akibat pelanggaran dan gigitan sesama sendiri. Baka keturunan ikan juga harus diambil kira.
Pada asasnya, ketiga tiga faktor di atas aktif dalam satu keadaan ekosistem yang seimbang. Cuma apabila berlaku perubahan negatif kepada persekitaran, telah melemahkan daya tahan ikan tertentu.
Maka patogen akan “menyerang” ikan dan menjadikan ikan mudah terkena penyakit. Ikan yang sakit ini pula memindahkan jangkitan kepada ikan ikan lain melalui sentuhan (body contact).
Kombinasi ketiga ketiga punca ini menyebabkan suasana ekosistem menjadi huru hara! Justeru kita perlu ada ilmu mengurus ikan dan juga mengurus ikan sakit 🙂 Memang benar kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati, untung masa dan untung wang.
Punca Persekitaran
Selalunya, punca persekitaran menyebabkan kematian serta merta dalam kuantiti yang banyak dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit fizikal pun.
Tanda |
Punca Masalah |
|
Pencemaran |
Kekurangan Oksigen Terlarut |
|
Kelakuan | Berenang tanpa arah, kematian secara tiba-tiba dan memburuk dengan cepat | Tercungap-cungap di permukaan air |
Waktu Kematian | Bila-bila masa | Malam, Subuh |
Warna Air | Biasa (Tidak berbau) | Coklat Kehitaman |
pH Air | 7.5 – 9.0 | 6.0 – 7.5 |
Oksigen Terlarut | 5-7 ppm | 1-2 ppm |
Saiz Ikan | semua saiz terlibat | saiz besar mati |
Punca Patogen
1. Parasit |
Kematian berperingkat-peringkat, 2-10 ekor sehari. Badan diselaputi lendir yang banyak. |
2. Bakteria |
Kematian berperingkat-peringkat, 2-10 ekor sehari. Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya. |
3. Virus ‘Outbreak’ |
Kematian berlaku tiba tiba dan terus memburuk. Kematian selalunya melibatkan peringkat umur atau spesis ikan tertentu. Terdapat tanda sakit di tubuh ikan. |