Penyakit Ikan Air Tawar Dan Cara Rawatan (Siri 3)
Siri 3:
Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda (Fluke)
- Parasit monogenea ini terdiri dari cacing helminth yang kecil & membahayakan ikan ternakan.
- Disebarkan oleh ikan-ikan liar yang memasuki kolam.
- Berbagai spesies dalam kelas monogenea dan menyerang ikan ternakan terutamanya benih ikan.
- Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.
- Membiak dengan pesat pada musim panas iaitu sebanyak 20 kali ganda berbanding musim hujan / sejuk.
- Dua spesies yang sering ditemui ialah Gyrodactylus sp & Dactylogyrus sp.
- Perbezaan kitar hidup antara 2 parasit tersebut ialah Gyrodactylus.sp menyambung generasinya dengan melahirkan anak manakala Dactylogyrus.sp dengan menghasilkan telur-telur.
Tanda-tanda penyakit:
- Anak-anak ikan yang dijangkiti akan menjadi lemah dan tidak mahu makan.
- Warna badan menjadi pucat dan kurus.
- Ikan berenang tanpa arah tertentu dengan laju & berpusing-pusing setempat kerana kegatalan.
- Tanda-tanda reput sirip, sesungut dan sering kali di bahagian bawah kepala menjadi merah.
- Menyebabkan kematian jika jangkitannya serius pada anak ikan.
Rawatan Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda(Fluke)
Bahan | Jenis Rawatan |
Trichlorofon (Neguvon) | Rawatan Berterusan – Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 – 0.5ppm (0.2 – 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia. |
Garam |
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan |
Rawatan Mandian – Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan – Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.
PERHATIAN – Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
- Hindarkan penggunaan air yang disyaki mempunyai cacing ini.
- Pastikan induk-induk atau benih ikan yang dilepaskan kedalam kolam tidak dijangkiti oleh parasit ini.
- Ternakan hendaklah diberikan makanan yang mencukupi & berkhasiat untuk melawan penyakit ini dan mengurangkan kadar kematian.
- Kuarantin ikan baru sebelum memasukkan ikan tersebut ke dalam kolam dengan rawatan mandian larutan garam 10ppt (10gm/liter) selama 30 minit terutamanya pada musim panas.