Penyakit Ikan Air Tawar Dan Cara Rawatan (Siri 4)
Siri 4:
Jangkitan Lernaea

- Parasit Lernaea sp. adalah ahli kumpulan Krustasia.
- Dikenali juga sebagai cacing sauh.
- Menjangkiti semua jenis ikan terutamanya ikan kap.
- Jangkitan yang serius akan menyebabkan badan bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
- Sekiranya keadaan ini berterusan akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria dan memburukkan lagi keadaan ikan.
- Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.
Tanda-tanda penyakit:
- Bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
- Ikan yang kecil akan mati dahulu & ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.
Rawatan Jangkitan Penyakit Lernaea
Bahan |
Jenis Rawatan & Penggunaan |
|
Trichlorofon (Neguvon) | Rawatan Berterusan – Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 – 0.5ppm (0.2 – 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia. | |
Garam
|
Rawatan Mandian – Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan. | |
Rawatan Berterusan – Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut. |
PERHATIAN – Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.
Langkah Pencegahan:
- Kolam yang dijangkiti parasit ini perlu dikeringkan dan di kapur dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan perhektar.