Asalamualaikum wr wb
Ini “analisis” terkini penternakan ikan ketutu saya.
Jumlah Ternakan: 700 ekor
Saiz: Pelbagai
Makanan Utama: 100% Anak anak udang liar di kolam dan anak anak sungai berhampiran.
Cara beri makanan: 2 hari makan udang. 1 hari cuti. 2 hari makan 1 hari cuti. Begitulah:)
Tempoh Ternakan: Bermula Mei 2008. (Masa masuk anak benih tak timbang:)
Analisa Berat Dalam Masa 1 Bulan: (1 Jun Timbang dan 1 Julai Timbang)
Berat 100 ke 150 gram: Pertambahan berat sebanyak 30 gram. Menjadi 130 gram dan 180 gram.
Berat 300 gram: Pertambahan berat sebanyak 50 gram. Menjadi 350 gram.
Berat 400 gram: Pertambahan berat sebanyak 100 gram. Menjadi 500 gram.
Nota: Setiap kategori saiz, 5 ekor sample ikan ketutu telah diambil untuk ditimbang.
Jika mengambil kira anak benih ketutu yang telah 400 gram, sebulan kenaikan berat 100 gram, bermakna dalam masa 5 ke 6 bulan telah mencapai 1000 gram ataupun 1Kg! Dah boleh jual.
Adakah ianya satu perkembangan yang bagus? Saya nak tanya Sifu Ketutu – Tuan Hj Hanafiah.
Updates: Berikut jawapan Tn Hj Hanafiah:
secara purata, jika ikan ini di beri makan cukup, berat badan dia boleh naik lebih 10% setiap bulan. kalau dapat lebih tu kira bonuslah. ikan yang lebih dari 300-400 gram akan membesar dengan lebih cepat dari ikan yang lebih kecil. ikan anak dari sungai akan membesar lebih cepat dari ikan dari lombong. ikan yang di buat secara aruhan akan membesar lebih cepat dari ikan yang terjadi semula semula jadi. oleh itu induk, genetik, dan makanan awal yang di makan oleh ikan adalah penentu penting untuk kadar pembesaran ikan ini.
dimensirebana-kursus.blogspot.com
J. Kelah