Sunday , September 24 2023
Home / Ikan Kelah / Ikan Empurau / Hidangan Ikan Empurau Ikan Termahal Dihidangkan Di Hotel Promenade

Hidangan Ikan Empurau Ikan Termahal Dihidangkan Di Hotel Promenade

Empurau Ikan Termahal Dihidangkan Di Hotel Promenade

KOTA KINABALU September 7, 2011: Hotel Promenade Kota Kinabalu akan menjadi hotel pertama di Sabah yang menghidangkan makanan ikan air tawar yang termahal di negara ini iaitu ikan yang dikenali sebagai ‘Empurau’ atau ‘Wang Pu Liao’.

Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu, Alex Cham Nyit Vun berkata ikan ini hanya terdapat di Sungai Rejang Sarawak.

Katanya, jika nama ikan itu diterjemah daripada bahasa Mandarin ke bahasa Melayu, ia dimaksudkan ‘sukar dilupai’. Kelembutan isi ikan air tawar ini adalah berbeza daripada jenis ikan air tawar yang lain dan rasa ikan ini juga berbeza daripada ikan yang dipelihara dalam kolam perikanan.

Ikan Empurau Termahal“Pada ketika ini, menu baru ini hanya dipasarkan oleh Dynasty Chinese Restaurant hotel kami untuk percubaan, pelanggan yang ingin mencuba resepi ikan ini harus menempah dahulu kerana penyediaannya adalah terhad.

“Dalam tempoh promosi kami yang bermula pada 8 September ini, harga yang ditawarkan bagi setiap 100gram adalah RM110++,”

katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Menurutnya, ikan ini boleh membesar sehingga seberat 30 kilogram dan sudah lama dipelihara di kolam di negara ini. Namun, rasanya tidak setanding ikan yang ditangkap segar dari sungai air tawar ini kerana ikan ini hanya memakan buah-buahan, tumbuhan dan bunga yang terletak di permukaan atau di tebing sungai.

Untuk tempahan, bolehlah menghubungi Dynasty Restauran di talian 088 265 555, ext: 2104 atau 088 252 396.

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *