Friday , February 7 2025
Home / Ikan Kelah / Bagaimana Mengenali Jantina Kelah

Bagaimana Mengenali Jantina Kelah

Bagaimana Mengenali Jantina Kelah 

Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenalpasti jantina kelah:

  1. Sirip Belakang (Anal Fin)
    Berdasarkan gambar di bawah ikan kelah jantan biasa mempunyai sirip belakang yang agak tajam dan memanjang.  Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek
    Mengenali Jantina Kelah
  2. Pipi (Bahagian Kepala)
    Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
  3. Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip bawah tadi).  Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan. Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan.  Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.

Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.

Semoga maklumat ini dapat membantu rakan IKDC mengenal lebih dekat lagi spesies ikan yang unik ini.

About Jamaludin

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-ikan-kelah-merah

Stok Anak Benih Kelah 2023

Assalamualaikum wr wb, danSalam hormat, Warga IkanKelah.com sekalian, Anak benih ikan kelah kami sedia untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *