Spesies Ikan Kelah Menghantui Pemancing
IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.
IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.
Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain.
Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kalau sebelumnya ini hanya ikan besar ditangkap untuk dijadikan juadah, kini anak kelah ditangkap dan dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.
Amalan memelihara ikan dalam akuarium atau dalam kolam kecil di laman rumah adalah hobi yang menyeronokkan. Hobi dan minat begini perlu digalak dan ditanam dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.
Kegemaran masyarakat kita memelihara ikan hiasan lebih mementingkan kepada jenis ikan yang dipelihara, bukan kepada sistem di dalam akuarium itu sendiri iaitu secara mewujudkan keseimbangan biologi dalam ekosistem akuarium. Ini boleh dilakukan dengan menanam tumbuhan akuatik dan menyediakan penapis biologi yang dapat menampung sisa yang dihasilkan ikan peliharaan sehingga beberapa bulan tanpa menukar airnya.
Alangkah baiknya seandainya di kalangan penggemar ikan hiasan yang memelihara ikan kelah sehingga mencapai saiz tertentu atau terlalu besar untuk dipelihara di dalam akuarium; supaya melepaskan ikan itu ke dalam sungai atau tasik untuk ia berkembang biak.
Perbuatan sebegini adalah suatu usaha yang sangat disanjung. Malangnya ada antara kita yang kurang prihatin terhadap tindak tanduk yang dilakukan iaitu menangkap ikan dengan sewenang-wenangnya dan memasarkannya ke luar negara secara haram.
Menuba, meracun atau menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan sepatutnya dielakkan sama sekali kerana ini akan memusnahkan banyak sumber fauna dan merosakkan ekologi perairan kita.
Sumber – Joran Berita Harian