Sunday , February 26 2023
Home / Gambar / Ikan Kelah Makan Sawit

Ikan Kelah Makan Sawit

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan aqua sekalian,

Pernah bagi makan ikan kelah peliharaan? … antara saat saat pengalaman yang sangat seronok.

Ikan kelah suka buah sawit. Buah sawit dihentak @ dipenyek dengan kayu beluti atau pun dihiris hiris dengan pisau amat disukai oleh ikan kelah. Ikan kelah akan mengekori sahaja tangan anda… gerombolan atau kumpulan ikan kelah akan merentap seberapa yang dapat kemudian membawanya lari jauh jauh dari rakan rakan saingannya… aktiviti ini menghasilkan bunyi “cit cit cit” sama seperti jika anda memberi makan ikan keli yang bersaiz 2-3 inci dengan dedak di atas polypipe.

Berikut ialah rakaman “ikan kelah makan sawit di tangan”

Untuk “close up” anak anak benih ikan kelah merah saya… lihat gambar di bawah…

Adakah anda berminat merasai pengalaman seperti di atas? Jemput datang ke kolam saya dan lebih baik mulakan hobi memelihara kelah di rumah anda. Bekalan anak benih kelah, boleh dapatkan terus dari saya. Hubungi saya di sini:

http://www.ikankelah.com/hubungi-ikan-kelah-dot-com

Salam istirehat hujung minggu untuk semua:)

J@LestariKelah

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.