Wednesday , December 11 2024
Home / Ikan Kelah / Ikan Kelah Untuk Dijual Mengikut Saiz

Ikan Kelah Untuk Dijual Mengikut Saiz

Semakin hari semakin ramai yang berminat untuk menternak ataupun memelihara ikan kelah. Ada yang untuk tujuan sebagai ikan hiasan, malah ada juga dengan tujuan sebagai ternakan komersil.

Kami di IkanKelah.com memang ada membekalkan anak benih ikan kelah untuk dijual mengikut pelbagai saiz. Dari yang sekecil 1 – 2 inci, hinggalah yang besar sehingga 24 inci. Ikan kelah yang dijual mengikut inci ini biasanya sehingga mencapai 16 inci. Ikan kelah yang telah mencapai 16 inci biasanya telah mencapai berat 1 kilogram. Selepas 1kg, ikan kelah ini akan dijual mengikut berat pula.

Jika untuk tujuan ikan hiasan, biasanya untuk 1 kilogram ikan kelah harga jualnya ialah RM500. Sementara jika dijual sebagai ikan makan ke restoran restoran “Chinese Food” atau hotel – hotel di KL dan Penang, harga borongnya sekitar RM150 – RM200 untuk 1 kilogram.

Ikan Kelah Untuk Pasaran Restoran Chinese Food

Ikan Kelah yang dijual di restoran “Chinese Food” ataupun di hotel ini akan dimasak dengan istimewa dan harga akhir jualannya mencecah RM1800 untuk sekilogram!

ikan-empurau-ikan-termahal

empurau-sarawak

Gambar di atas ialah ikan kelah dari Sarawak yang popular dengan nama “empurau“.

Ada juga pengusaha ikan kelah komersial yang membeli anak benih ikan kelah dari kami kemudian menternaknya secara komersial. Pasaran mereka ialah pasaran ekspot khususnya ke Singapore dan Hong Kong. Harga ikan kelah untuk pasaran ekspot ini jauh lebih tinggi. Mencecah sehingga RM600 untuk sekilogram. Lebih menarik ada penternak komersil ikan kelah merah ini yang cuba menternaknya di dalam sangkar tasik di China khusus untuk pasaran elit di China dan Hong Kong.

Harga Ikan Empurau Untuk Pasaran EkspotMajoriti penghobi dan penternak ikan kelah komersil akan melakukan “out sourcing” apabila hendak mendapatkan anak benih ikan kelah merah ini dari kami di IkanKelah.com [Kelantan].

Harga anak benih ikan kelah dari Terengganu biasanya sangat mahal kerana dikenali sebagai “ikan kelah merah bara”. Kebanyakan anak benih ikan kelah bara dari Terengganu ini diseludup keluar dari Taman Negara Ikan Kelah di Sekitar Tasik Kenyir.

Untuk mendapatkan informasi lengkap tentang harga ikan kelah, anda boleh ke link berikut:

http://www.ikankelah.com/harga-ikan-kelah

About Jamaludin

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

kelah merah ke Bentong

Penghantaran Anak Benih Kelah Ke Bentong

Penghantaran Kedua Anak Benih Kelah Merah ke Mr. Thai, Bentong! Anak benih kelah merah untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *