Friday , February 7 2025
Home / Latar Belakang IkanKelah.com

Latar Belakang IkanKelah.com

Latar Belakang & Sejarah IkanKelah.com

Usaha penternakan Ikan kelah ini telah bermula pada tahun 2002 di Kg Tualang Kudong, Labok, Machang, Kelantan. Inisiatif awal menternak ikan kelah ialah untuk tujuan hobi (sambil belajar tentang ikan kelah) di samping membekalkan secara kecil kecilan kepada peminat peminat ikan kelah yang berdekatan.

Pada tahun ke 4, iaitu sekitar tahun 2006, nampaknya, pembeli ikan kelah ini datang bukan sahaja dari Kelantan, tetapi juga dari negeri negeri bersebelahan dan Kuala Lumpur hanya dengan “pengiklanan” mulut ke mulut. Bermula dengan 5000 ekor pada tahun 2002, semuanya habis dijual pada tahun 2006. Perkembangan ini menjadikan kami teruja dan kami memulakan laman blog IkanKelah.com khusus untuk berkongsi pengalaman, aktiviti sekaligus sebagai saluran pemasaran untuk mencapai komuniti peminat yang lebih meluas dengan kuasa internet.

Kini, pelanggan IkanKelah.com datang dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Kami juga menerima pelawat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2011 kami telah melebarkan pasaran hingga ke Hong Kong dan China.

Kenapa berminat dengan ikan kelah? Pertama kerana kerana harganya yang mahal. Keduanya kisahnya yang hebat. 2 perkara itulah yang menjadi penyebab kenapa ikan kelah dipilih pada tahun 2002 dahulu.

Semoga WeBlog IkanKelah.com ini sedikit sebanyak menambah khazanah informasi berkaitan ikan kelah di dunia maya – fizikal yang saling berkait. Sekaligus bertukar tukar info, pandangan dan pengalaman berkaitan dengan rakan rakan “penggilai ikan kelah” yang lain, Insya Allah.

Tahun 2012, kami berhasrat untuk menjadikan IkanKelah.com bukan sahaja sebagai “blog ikan kelah” tetapi juga sebagai gerbang informasi untuk dunia akuakultur di Malaysia. Kami mengharapkan sokongan dan dokongan peminat peminat ikan kelah dan akuakultur semua.

Terima kasih semua 🙂

J@LestariKelah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *