IkanKelah.com Di FaceBook.com
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan rakan peminat ikan kelah sekaliain,
Agak lama kami tidak melakukan update. Baru berkesempatan. Kami mohon maaf pada rakan rakan yg ada menghantar email, komen dan sms yg agak lewat dibalas. Alhamdulillah, semalam telah selesai semuanya dijawab. Jika ada yg tidak menerima jawapan, kemungkinan besar, alamat email yg diberikan tidak tepat. Fail to deliver.
Agar kita boleh selalu berinteraksi dan tidak putus informasi berkaitan aktiviti bersama tentang ikan kelah, kami dengan penuh hormat menjemput anda semua yg membaca post ini utk menyertai kami di laman FaceBook.com. Kami telah menyediakan satu pentas jaringan informasi tentang idea, pandangan, komen dan perkongsian aktiviti di IkanKelah.com Fan Pages.
Anda boleh join kami menerusi link FaceBook di sebelah kanan post ini. Oh ya, lagi satu, ada rakan rakan yang menghantar email utk mendapatkan artikel prof USM tentang nutrisi ikan kelah… saya telah sediakan artikel tersebut utk dimuat turun di dalam laman IkanKelah.com di FaceBook.
Sementara itu, untuk urusan pertanyaan stok ikan kelah, tempahan, belian dan juga penghantaran, rakan rakan semua boleh menghubungi:
Sdr Fadhil 012 – 6665 700
Sehingga ke post seterusnya… berjumpa di laman FaceBook:)
J @ IkanKelah.com
PS: Mencari senarai harga ikan kelah? Sila ke link berikut:
http://www.ikankelah.com/stok-semasa-ikan-kelah-merah.html
XPDC’s Memancing Udang Galah
Assalamualaikum wr wb
Rakan kelah’ian sekalian,
Sekarang di sini (Kelantan) musim mengail udang galah. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti agro, kesempatan untuk memancing udang galah di sungai kelantan tidak dilepaskan.
Kekadang hasilnya banyak, kekadang hasilnya sikit, pernah juga tiada hasil. Tapi setiap kali berhasil, sungguh sungguh mengujakan dan terus memanggil untuk pergi mengail udang lagi!
Gambar di bawah, Sdr Fadhil dengan 2 ekor daripada 11 ekor udang galah yang berjaya didaratkan hari ini. Esok boleh masak;)
Stok Semasa Ikan Kelah Merah
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Berikut ialah stok semasa ikan kelah merah:
Saiz 2-4 inci: RM10/ekor
Saiz 5-6 inci: RM50/ekor
Saiz 9-10 inci: RM100/ekor
Saiz 11-12 inci: RM250/ekor
1kg @ 15-16 inci: RM450/ekor (Beli lebih atas 100 ekor, harga boleh runding lagi)
Stok sangat terhad, hubungi Sdr Fadhil utk penghantaran terus dan pemilikan segera @ 017 – 968 8405
Salam hormat,
J. Kelah
PS: Jika anda pertama kali di weblog ikankelah.com, rakan rakan boleh layari ruangan faq untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang aktiviti pemeliharaan ikan kelah sama ada untuk tujuan hobi mahupun komersil.
PPS: Dan jika masih ada kemusykilan, hantarkan pertanyaan anda kepada saya di alamat email info@ikankelah.com
XPDC’s Mencari Ikan Kelah
Assalamualaikum wr wb
Berikut ialah beberapa rakaman kami berxpdc masuk hutan, melalui jalan balak yg masih aktif, untuk mencari ikan kelah. Perjalanan di jalan balak sahaja mengambil masa lebih 4 jam. Mencabar sekali. “Percutian” kami ini memakan masa selama 3 hari 2 malam. Ini hanyalah 1 daripada beberapa xpdc mencari ikan kelah tahun 2009 ini:)
Makluman Kepada Semua Peminat Kelah
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Mulai hari ini, sebarang urusan tentang tempahan, pembelian dan penghantaran ikan kelah, boleh hubungi nombor berikut:
013 – 950 8012 ~ Mohd Nor Khomaini
Berikut ialah senarai harga anak benih ikan kelah merah:
Senarai Harga Anak Benih Ikan Kelah Merah: (Efektif September 2008)
Bersaiz 2-3 Inci:
< 100 Ekor = RM10/Ekor
< 1000 Ekor = RM9/Ekor
< 10,000 Ekor = RM8/Ekor
Bersaiz 7-8 Inci: RM100.00/Ekor
Bersaiz 11-12 Inci @ 1 Kaki: RM280.00/Ekor
Bersaiz 16 Inci @ 1Kg: RM500.00/Ekor
Sementara itu, jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan umum berkaitan ikan kelah, boleh terus email kepada pihak admin di alamat email berikut:
info@ikankelah.com
Sekian untuk makluman semua.
J. Kelah
Domain Penggilai Ikan Kelah
Stok Semasa Anak Benih Ikan Kelah Merah
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Ramai yg tanya bagaimana dgn status stok anak benih ikan kelah kami…
Pada masa ini, kami memastikan kesediaan stok sekitar 5000 ekor anak benih ikan kelah yg masih kecil (fry). Apabila berkurang, akan ditambah, agar stok semasa sentiasa sekitar 5000 ekor. Setiap minggu kami melakukan penggreden saiz. Jika mencapai saiz purata 2 inci ke atas akan kami asingkan utk persiapan penghantaran kepada pembeli pembeli yg telah menempah awal.
Biasanya dlm seminggu kami mampu menarik keluar sekitar 500 ke 1500 ekor sahaja yg bersaiz 2 inci. Ramai juga yg bertanyakan saiz 3 ke 4 inci, maaf, memang langsung tiada stok saiz berkenaan. UPDATED 29 November 2009: Kini ada stok saiz 2 inci sampai 5 inci.
Jika rakan rakan peminat kelah dah bersedia utk mendapatkan kelah ini, tempah awal awal dan insya Allah dalam 1 ke 2 minggu, tempahan akan dipenuhi.
Utk tempahan, boleh hubungi 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini. Harga anak benih ikan kelah merah saiz 2-3 inci RM10/ekor. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, kos penghantaran kira lain, bergantung lokasi.
Untuk harga terkini: Sila ke link berikut:
http://www.ikankelah.com/makluman-kepada-semua-peminat-kelah.html
Jika ada soalan soalan berkaitan penyediaan kolam, boleh email saya di info@ikankelah.com
J @ IkanKelah.com
Stok Pertama 300 Ekor Sedia Untuk Dijual
Assalamualaikum wr wb dan,
Salam hormat,
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Baru baru ini kami telah membersihkan kolam asuhan anak benih ikan kelah. Batch pertama anak benih ikan kelah merah bersaiz 1-2 inci telah kami tempatkan di dalam kolam tersebut. Kami akan membesarkan hingga mencapai saiz 3 inci utk sedia dijual.
Sementara itu, anak benih ikan kelah yang sedia untuk dijual bersaiz 3 inci, kini baru mencecah 300 ekor. Siapa cepat dia dapat. Yang menempah awal akan kami utamakan.
Boleh tel 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini utk tempahan/pembayaran.
Terkini: 300 Ekor Habis Dijual

























