Assalamualaikum wr wb
Rakan kelah’ian sekalian,
Sekarang di sini (Kelantan) musim mengail udang galah. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti agro, kesempatan untuk memancing udang galah di sungai kelantan tidak dilepaskan.
Kekadang hasilnya banyak, kekadang hasilnya sikit, pernah juga tiada hasil. Tapi setiap kali berhasil, sungguh sungguh mengujakan dan terus memanggil untuk pergi mengail udang galah lagi!
Gambar di bawah, Sdr Fadhil dengan 2 ekor daripada 11 ekor udang galah yang berjaya didaratkan hari ini. Esok boleh masak;)