Wednesday , June 28 2017

Tip Merawat Penyakit Ikan Kelah

tip-ikan-kelah

Tip Merawat Penyakit Ikan Kelah

Jangkitan penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan peliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.

Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit untuk diisi ke dalam akuarium adalah tindakan yang kurang bijak.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis parasit dikenal pasti sebagai ejen utama yang diperolehi dari sumber air di atas, namun ramai yang kurang tahu mengenainya.

Apakah kumpulan parasit yang menyerang dan bagaimana cara pencegahan atau rawatan boleh dilakukan jika tanda serangan dikesan.

Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah.

Lazimnya parasit lebih agresif menyerang ikan ternakan berbanding yang hidup bebas di habitat asal. Ini mungkin kepadatan ikan dalam sesuatu sangkar yang mengundang parasit bersarang.

Bagi penternak ikan kelah merah, ikan kelah yang dimasukkan ke dalam air yang tidak dirawat ini mudah dijangkiti penyakit.

Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan di tepi sangkar atau kolam. Malah, ikan kelah juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.

Cara lain untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.

Oleh itu ikan kelah yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari akuarium dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam akuarium seberapa segera. Kita juga perlu menggunakan campuran garam dengan formalin. Campuran itu digunakan tiga kali setiap dua hari selama seminggu.

Langkah terbaik untuk mengekang penyakit penyakit berkenaan ialah menggunakan air paip dengan memasukkan anti klorin dan garam. Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala jenis ikan air tawar.

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*