Friday , June 23 2017

Tip Mengenal Punca Dan Tanda-Tanda Ikan Sakit

Tip Mengenal Punca Dan Tanda-Tanda Ikan Sakit

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam hormat,

Rakan IKDC sekalian,

Hari ini kami ingin berkongsi informasi tentang bagaimana kita boleh mengenal punca dan tanda-tanda ikan sakit. Ikan yang kita ternak boleh dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

3 Punca Ikan Sakit:
  1. Persekitaran.
  2. Patogen.
  3. Ikan itu sendiri.

Penyakit ikan boleh berlaku disebabkan oleh salah satu punca di atas atau kombinasi ketiga-tiganya.

Punca dari persekitaran seperti perubahan suhu, larutan oksigen, kualiti air, amonia (najis ikan),  kualiti makanan dan kepadatan ikan.

Tidak lupa juga, di bawah punca persekitaran ini ialah faktor manusia, iaitu si penternak (kita) menjadi agen kepada jangkitan penyakit ikan! Teknik pengendalian yang tidak cermat. Kita pegang ikan sakit di satu kolam, kemudian kita pegang pula ikan sihat di kolam lain. Tanpa membersihkan tangan atau alatan yang kita gunakan.

Punca dari patogen seperti bakteria, parasit, kulat dan fungus. Ini semua adalah mikro organisma yang menjadi sebahagian daripada ekosistem kolam ternakan.

Punca dari ikan itu sendiri kesan dari 2 punca di atas. Ikan juga boleh cedera @ sakit akibat pelanggaran dan gigitan sesama sendiri. Baka keturunan ikan juga harus diambil kira.

Pada asasnya, ketiga tiga faktor di atas aktif dalam satu keadaan ekosistem yang seimbang. Cuma apabila berlaku perubahan negatif kepada persekitaran, telah melemahkan daya tahan ikan tertentu.

Maka patogen akan “menyerang” ikan dan menjadikan ikan mudah terkena penyakit. Ikan yang sakit ini pula memindahkan jangkitan kepada ikan ikan lain melalui sentuhan (body contact).

Kombinasi ketiga ketiga punca ini menyebabkan suasana ekosistem menjadi huru hara! Justeru kita perlu ada ilmu mengurus ikan dan juga mengurus ikan sakit 🙂 Memang benar kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati, untung masa dan untung wang.

Punca Persekitaran

Selalunya, punca persekitaran menyebabkan kematian serta merta dalam kuantiti yang banyak dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit fizikal pun.

Tanda

Punca Masalah

Pencemaran

Kekurangan Oksigen Terlarut

KelakuanBerenang tanpa arah, kematian secara tiba-tiba dan memburuk dengan cepatTercungap-cungap di permukaan air
Waktu KematianBila-bila masaMalam, Subuh
Warna AirBiasa (Tidak berbau)Coklat Kehitaman
pH Air7.5 – 9.06.0 – 7.5
Oksigen Terlarut5-7 ppm1-2 ppm
Saiz Ikansemua saiz terlibatsaiz besar mati

Punca Patogen

1. Parasit

Kematian berperingkat-peringkat, 2-10 ekor sehari. Badan diselaputi lendir yang banyak.

2. Bakteria

Kematian berperingkat-peringkat, 2-10 ekor sehari. Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya.

3. Virus ‘Outbreak’

Kematian berlaku tiba tiba dan terus memburuk. Kematian selalunya melibatkan peringkat umur atau spesis ikan tertentu. Terdapat tanda sakit di tubuh ikan.

Antara Contoh Penyakit Ikan

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*