Sunday , August 20 2017

Tip Membina Kolam Dan Sangkar Ikan

Perkara asas berkenaan kolam haruslah diketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya. Dalam usaha menternak ikan samada sistem kolam atau sangkar, suatu perkara yang harus diberi perhatian ialah pembinaan unit ternakan itu baik dan sempurna. Pemilihan tapak haruslah dilakukan dengan baik dan teliti.

Sumber Photo: aquaberanganenterprise.blogspot.com

Sumber Photo: aquaberanganenterprise.blogspot.com

Tip Pembinaan Kolam Tanah

  1. Kesesuaian tanah
    Jenis tanah yang mempunyai daya takungan yang tinggi. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar. Pada amnya tanah yang  mempunyai kandungan liat kurang dari 27% atau pasir lebih dari 45% adalah kurang sesuai untuk pembinaan kolam. Begitu juga dengan tanah gambut (air masam).
  2. Punca @ Sumber air
    Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan.
  • Air sungai . Biasanya menjadi pilihan utama.
  • Air bawah tanah. Ia perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra’ dengan ternakan.
  • Mata Air. Kurang digalakkan kerana sering mengalami masalah kekeringan atau kesukaran untuk mengeringkan kolam.

Tip penting:

  1. Punca air mestilah tidak mengakibatkan banjir pada musim tengkujuh dan kekeringan pada musim kemarau.
  2. Mutu air terbaik ialah yang mempunyai pH6.5-8.3, Ammonia < 1.0 ppm, Alkaliniti > 40 ppm dan pejal terampai (suspended solids) tidak melebihi 100 ppm.
  3. Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyak bagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokongan seperti blower dan paddle wheelbagi mengatasi masalah ini.
  • Tip Rekabentuk Kolam
    1. Mesti mempunyai aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan kerana ketiadaan saluran air keluar memberi tambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak..
    2. Rekabentuk dasar sebuah kolam  yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan. (Bhg air keluar 15-30cm lebih dalam dari bhg air masuk).
    3. Menyediakan ruang jalan ladang bagi saiz kolam yang luas bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaian hasil ternakan.
    4. Kolam yang dibina mestilah mempunyai kedalaman air 1-2 meter. Air cetek menyebabkan kepanasan air berlaku dan memberi kesan kepada ikan yang diternak. Jika terlalu dalam pula akan merumitkan proses tuai hasil kelak.
  • Kemudahan asas
    Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.
Sumber Photo: Genuardis.net

Sumber Photo: Genuardis.net

Tip Pembinaan Sangkar

  1. Lokasi
    • Kawasan yang dipilih hendaklah terlindung dari gelombang-gelombang besar dan arus yang kuat.
    • Kawasan yang dipilih juga mestilah mempunyai kedalaman air yang mencukupi dan tiada risiko air surut pada musim kemarau.
    • Kadar oksigen di permukaan air mestilah tidak kurang dari 7 ppm dan kandungan ini kekal sehingga kedalaman 5 m di bawah permukaan air.
    • Kandungan sulfid dalam air mestilah tidak melebihi 0.005 ppm.
    • Air kawasan yang dipilih mestilah jernih, bersih dan bebas dari pencemaran.
    • Saiz yang terbaik untuk memudahkan pengurusan dan penjagaan ialah 3m x 3m dengan kedalaman 2 meter dari paras air.

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*