Tuesday , March 19 2024
Home / Ikan Kelah / Ternak Kelah Hobi Lumayan

Ternak Kelah Hobi Lumayan

Ternak kelah merah kini jadi sumber rezeki

HOBI menternak kelah kini menjadi sumber rezeki lumayan kepada seorang pengusaha di Jerantut, Pahang selepas menguasai teknik menjinakkan spesies berharga bak emas itu sejak lima tahun lalu.

“Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk membesar, tetapi hasilnya berbaloi. Kita perlu banyak bersabar. Harganya mampu mencecah sehingga RM250 sekilogram.

“Kini, ikan bukan untuk dimakan semata-mata, tetapi kelah merah (Tor tambroides) memasuki era baru sebagai ikan hiasan paling berprestij,” kata Wan Rukman Wan Ngah.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Keman, 45, adalah penternak ikan kelah di Kampong Mat Daling, Jerantut, Pahang.

Menurutnya, ikan kelah liar perlu dijinakkan terlebih dulu dan perlu dibela bersama ikan jenis lain untuk memudahkan ia membesar.

Katanya, tidak terlalu sukar menjinakkan ikan kelah liar, cuma ia memerlukan kepakaran serta pengurusan yang cekap.
“Anak kelah banyak terdapat di sungai ini terutama selepas musim hujan dan hanya anak kelah bersaiz tiga hingga empat inci dipilih kerana ia paling sesuai untuk dipindahkan sebagai ternakan sangkar,” katanya.

Beliau berkata, anak kelah boleh dijala berhampiran kawasan jeram berair deras dan berbatu yang menjadi tempat kesukaannya berkumpul di Sungai Kembir sekitar kampung berkenaan.

Katanya, jika rajin menjala, beliau lazimnya akan Biasanya, 30 hingga 50 ekor boleh dapat dalam satu hari.

Anak kelah ini memang liar. Sifat ini menyebabkan ia tidak akan menjamah makanan yang diiberikan.

“Justeru, ia perlu dijinakkan terlebih dahulu. Sebagai denak, ikan lampam sungai (Puntius schwarefeldii) atau kerai (Puntius daruphani) perlu diternak bersamanya,” katanya.

Keman berkata, lazimnya, sesekor anak kelah akan mengambil masa tiga tahun untuk mencapai berat pasaran dua hingga empat kilogram.

Beliau yang berpengalaman lebih lima tahun menternak kelah berkata, habitat asal perlu dikekalkan bagi menjamin kejayaan ternakan.

Sangkar perlu diletakkan di kawasan berarus serta berair sejuk dengan suhu air paling sesuai antara 25 hingga 27 darjah Celsius.

Dengan kejayaan Keman, terbukti kelah merah yang menjadi ikon sebagai Raja Ikan Air Tawar mampu diternak dalam sangkar sebagai ternakan ikan komersil sekali gus mampu menjana keuntungan besar kepada penternak dan nelayan sungai seluruh negara.

“Memang tempoh ternakan mengambil masa lama. Tetapi hasilnya cukup lumayan,” katanya.

Beliau kini mengakui mempunyai 200 ekor kelah merah yang sedia untuk dijual.

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *