
Kepelbagaian ikan di sungai adalah satu warisan rakyat Malaysia. Usaha konservasi dilaksanakan dalam usaha memastikan spesies ikan air tawar itu terpelihara dan diurus secara lestari di Taman Negara. Santuari ikan kelah berperanan sebagai inisiatif konservasi in-situ spesies ikan kelah di habitat asalnya. Aktiviti penyelidikan seperti kajian populasi dan habitatnya turut dilaksanakan. Kejayaan pemuliharaan spesies ikan [...]










