Penyediaan Kolam Tanah

February 24, 2009 by J.Kelah · 6 Comments
Filed under: Umum 

Assalamualaikum wr wb

Rakan rakan penggilai ikan kelah,

Kami sedang membina 10 kolam tanah bersaiz 120′ x 40′ utk penternakan ikan kelah dan beberapa jenis ikan lain yang telah dikenalpasti.

Target jangkamasa utk siap: 5-7 hari.

J @ IkanKelah.com
PS: Jika anda ingin mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah merah dengan cepat, sila tempah segera, yang dulu memastikan tempahan, akan diutamakan. Hubungi 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini. Terima kasih.

Stok Ikan, Email, Komen, Telefon dan SMS

January 28, 2009 by J.Kelah · 1 Comment
Filed under: Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Kepada semua penggilai ikan kelah,

Pada masa ini (semenjak awal Januari) kami menerima begitu banyak sekali pertanyaan tentang stok anak benih ikan kelah tidak kira sama ada melalui email, panggilan telefon, sms, menerusi ruang komen, mahupun yang terus datang ke rumah.

Kami dalam usaha mencari stok anak benih yang baru. Dijangkakan dalam hujung bulan Februari atau Mac, baru stok kembali pulih.

Dalam keadaan yang begitu kritikal ini, masih byk email, sms ataupun komen yang belum dijawab. Kami memohon maaf. Soalan berkaitan stok, tidak akan dijawab. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, apabila stok kembali pulih, kembali ada, akan kami maklumkan secara rasmi di laman ini.

Sehingga itu, harap semua peminat ikan kelah dapat bersabar.

Soalan soalan yang tidak berkaitan secara terus tentang bekalan stok, akan kami jawab secara berperingkat dari masa ke semasa.

Kami juga sedang dalam proses membesarkan ruang penternakan kami dengan membina 12 kolam tanah baru bersaiz 60 x 40 kaki.