XPDC’s Mencari Ikan Kelah
Assalamualaikum wr wb
Berikut ialah beberapa rakaman kami berxpdc masuk hutan, melalui jalan balak yg masih aktif, untuk mencari ikan kelah. Perjalanan di jalan balak sahaja mengambil masa lebih 4 jam. Mencabar sekali. “Percutian” kami ini memakan masa selama 3 hari 2 malam. Ini hanyalah 1 daripada beberapa xpdc mencari ikan kelah tahun 2009 ini:)
Kenapa dan Bagaimana Nak Ternak Ikan?
Assalamualaikum wr wb
Pada masa ini, lebih 1000 link ke laman weblog IkanKelah.com. Ini menyebabkan saya menerima byk pertanyaan berkaitan “ikan”. Soalan bukan sahaja tentang “ikan kelah” tetapi juga tentang “industri akuakultur” secara umum, panduan menternak ikan, pasaran pelbagai jenis ikan, masalah ternakan ikan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih benih ikan tertentu.
Malah ada yg menghantar email seringkas berikut:
“Saya minat nak ternak ikan”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?
Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas kepada yang baru nak menternak ikan…
Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada minda anda, ialah;
Kenapa anda nak ternak ikan?
Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau utk membina pendapatan utama?
Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang utk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjual ikan. Anda ingin “memiliki” ikan yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.
Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau utama dengan menternak ikan, anda perlu lakukan perkara berikut:
1. Mendapatkan informasi asas yang utama – selengkap mungkin antaranya:
- ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, byk mana? bila nak?
- berapa harga pasaran?
- berapa kos – kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain lain
- berapa lama masa utk menternak
- macam mana nak ternak, besar mana kolam, berapa ekor boleh masuk, byk mana air, apa nak kasi makan, byk mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit.
- selain mendaftar dengan jabatan perikanan, ada insentif tak, jika ada berapa, apa fama boleh bantu (jika ada), membina jaringan dengan kumpulan atau persatuan yg ada kepentingan bersama, ada daftar perniagaan tak, jika tak ada, kene daftar, nak daftar di mana, berapa kos, ada akaun bank dgn agro bank tak, dan seumpamanya. Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut prioriti.
2. Bagaimana nak cari maklumat di atas?

- Di internet. (percuma, terhad dan berterabur)
- Menghadiri Kursus. (berbayar, tersusun, dan boleh tanya mentor sampai bila bila). Pastikan betulke penganjur (speaker) kursus tahu dan reti dgn apa yg dia nak kursuskan.
- Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Pastikan betul ke berjaya.
- Kesemua di atas.
3. Menyediakan bajet. Cara terbaik dgn duit sendiri. Kedua duit kawan kawan. Boleh JV dgn kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik beradik. Jika layak dan boleh dpt dgn pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dpt geran, teruskan.
4. Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.
Setiap informasi yang diterima, ditapis, disusun dan dirangka pelan tindakan mengikut prioriti.
Sekian serba sedikit yg saya mampu terfikirkan secara spontan utk rakan rakan aqua semua:)
Oleh kerana saya sgt sibuk, tidak semua email (juga kekadang sms dan panggilan tel) dpt saya jawab dgn segera. Biasanya saya akan cuba jawab “tunggakan email” pada hari jumaat. Seminggu sekali. Harap anda faham.
Selain menguruskan ikankelah.com, saya juga menguruskan ladangserai.blogspot.com, ladangfertigasi.blogspot.com danĀ ladangtembikai.blogspot.com
Sehingga post seterusnya, selamat beraqua!
J.Kelah
Dapatkan Ikan Kelah di Sentul, KL
Updated: Kami tiada lagi beroperasi di Sentul, telah berpindah ke Kelantan.
Assalamualaikum wr wb
Salam hormat,
Rakan rakan penggilai ikan kelah,
Talian internet baru bersambung kerana proses perpindahan. Ini mungkin post yang pertama dan terakhir untuk bulan Ogos, 2008 ini.
Kepada rakan rakan yang telah menelefon, sms dan mengemail saya sebelum ini kerana ingin mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah di KL, kini anda boleh mendapatkannya di Sentul.
Saya baru sediakan satu kolam kanvas (bersaiz 7′ x 5′) untuk menyimpan stok bekalan anak benih ikan kelah khusus untuk rakan rakan yang berhampiran dengan KL.

Buat masa ini ada dalam lebih kurang 500 ekor bersaiz 3 inci.

Saya juga telah sediakan satu akuarium (bersaiz 4′) untuk mempamerkan 1 ekor ikan kelah bersaiz 16 inci panjang. (lebih kurang 1Kg).

(Gambar diambil pada waktu siang)

(Gambar diambil pada waktu malam)
Jika ingin datang ke sini (Sentul, KL), caranya ialah…
Dari Balai Polis Sentul -> Sentul Pasar -> Terus Sampai Jumpa Esso Di Kanan -> Terus Lagi Ke Traffic Light Ambil Kanan -> Kondo Suajaya (di kiri) -> Sampai Jumpa Jembatan Sg Kecil -> Bengkel Motorsikal (di kiri) @ 100 Meter Sebelum Traffic Light Ke Lebuh Raya Karak => parking di sebelah kiri. Hubungi saya 013 – 950 8012, boleh saya jemput anda dari tepi jalan tu. Jika anda nak beli terus, tolong bawa bekas dan portable battery pump tu sebab saya masih belum ada kemudahan bekalan oksigen. Sedang diusahakan.
Saya merancang, stok ikan ketutu pun hendak ditempatkan di sini, akan saya cuba sediakan dan akan dimaklumkan nanti.
“Urban Aquaculture” bermula!
Selamat memelihara @ menternak ikan kegemaran.
J. Kelah
ikan kelah merah
salam alaykum wr wb, dan
salam hormat,
penggilai dan peminat ikan kelah sekalian,
jika anda mencari ikan kelah merah, anda telah tiba di domain yang tepat.
selamat melayari ikankelah.com
j. kelah














