Stok Semasa Anak Benih Ikan Kelah Merah

May 6, 2009 by J.Kelah · 4 Comments
Filed under: Berita, Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb

Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,

Ramai yg tanya bagaimana dgn status stok anak benih ikan kelah kami…

Pada masa ini, kami memastikan kesediaan stok sekitar 5000 ekor anak benih ikan kelah yg masih kecil (fry). Apabila berkurang, akan ditambah, agar stok semasa sentiasa sekitar 5000 ekor. Setiap minggu kami melakukan penggreden saiz. Jika mencapai saiz purata 2 inci ke atas akan kami asingkan utk persiapan penghantaran kepada pembeli pembeli yg telah menempah awal.

Biasanya dlm seminggu kami mampu menarik keluar sekitar 500 ke 1500 ekor sahaja yg bersaiz 2 inci. Ramai juga yg bertanyakan saiz 3 ke 4 inci, maaf, memang langsung tiada stok saiz berkenaan. UPDATED 29 November 2009: Kini ada stok saiz 2 inci sampai 5 inci.

anak-benih-ikan-kelah-saiz-3-4-inci

Jika rakan rakan peminat kelah dah bersedia utk mendapatkan kelah ini, tempah awal awal dan insya Allah dalam 1 ke 2 minggu, tempahan akan dipenuhi.

Utk tempahan, boleh hubungi 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini. Harga anak benih ikan kelah merah saiz 2-3 inci RM10/ekor. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, kos penghantaran kira lain, bergantung lokasi.

Untuk harga terkini: Sila ke link berikut:

http://www.ikankelah.com/makluman-kepada-semua-peminat-kelah.html

Jika ada soalan soalan berkaitan penyediaan kolam, boleh email saya di info@ikankelah.com

J @ IkanKelah.com

Bagaimana Menjinakkan Ikan Kelah?

July 19, 2008 by J.Kelah · 1 Comment
Filed under: Ikan Kelah 

Salam Kelah’ian,

Tentu ada yg terfikir bagaimana untuk menjinakkan ikan kelah peliharaan?

Antara petuanya,

1) Puasakan beberapa hari sebelum mula memberikan makanan tertentu. 5 hari contohnya. Jika sebelum ini makan udang, puasakan 5 hari, sebelum anda memberikan makanan pellet pula. Jika tidak, kemungkinan besar ikan anda tak nak makan makanan yang baru anda perkenalkan itu:)

2) Tentukan masa memberi makanan. Setkan masa memberi makanan. Jika biasa beri makan pada jam 10 malam. Pastikan anda memberikan makanan hanya pada jam 10 malam. Jadual pemberian makanan yang tidak tetap, akan meng ” konpius” kan ikan:). Jika dah biasa bagi makan, jam 5-6 petang, biasakan begitu.

3) Biasakan pegang makanan tertentu di tangan, dan hulurkan di permukaan air agar mudah ikan mengujakan dirinya ke atas permukaan air untuk mengambil makanan tersebut. Ini satu latihan. Dari masa ke semasa, ikan akan biasa dan kenal anda:)

4) Masa beri makanan, jangan membuat sesuatu aksi yang menakutkan ikan, seperti “menghalau halau” atau “menyergah”  ikan yang sedang makan.

Nota: Antara petua kaki pancing ikan kelah ialah, mereka memberikan sawit peram di sesuatu lubuk yang telah dikenal pasti ada ikan kelah selama beberapa hari sebelum memulakan aktiviti memancing. Tujuannya agar membiasakan ikan kelah dengan umpan tersebut.

Selepas beberapa ketika, 1 ke 3 bulan, ikan anda akan jinak dengan anda. Bila anda sampai sahaja di tepi kolam, ikan akan datang hampir dengan anda dan sentiasa membayangkan anda membawa makanan (agaknya lah… seolah olah seperti itu maksudnya).

Selamat bermain dengan kelah!

J. Kelah

Kolam Ternakan Ikan Kelah – Labok, Machang, Kelantan

June 17, 2008 by J.Kelah · 34 Comments
Filed under: Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Peminat ikan kelah sekalian,

Anda ingin datang melawat dan melihat sendiri ke kolam kami?

Mudah sahaja:

Jika anda dari KL – Gua Musang - Machang menuju ke Kota Bharu, anda akan menemui papan tanda berikut di sebelah kiri:

Selepas melepasi papan tanda “Labok” di atas, dalam 50 meter, anda akan melihat papan tanda ini pula:

Langkah anda seterusnya ialah, sila ikut laluan ke “Banggol Judah” tersebut. Pilih arah ke kanan.

Apabila masuk ke simpang kanan ke “Banggol Judah:” tersebut, sila lihat meter anda, lebih kurang 1.5Km anda akan sampai ke rumah kami yang menempatkan kolam ternakan kelah dengan melihat papan tanda berikut di sebelah kiri:

Untuk lebih mudah dan pasti, sila hubungi Sdr Mohd Nor Khomaini di talian  013 – 950 8012 untuk memastikan anda tidak terlajak.

Sebelum datang, ada baiknya anda call Sdr Mohd Nor Khomaini dahulu untuk set temu – janji.

Sekilas pemandangan…

Sehingga bertemu… salam kejayaan untuk anda!

J. Kelah

Penghantaran Anak Benih Ikan Kelah

June 4, 2008 by J.Kelah · 7 Comments
Filed under: Ikan Kelah, Sorotan Akhbar 

Salam semua,

Pusat stocking anak benih ikan kelah kami berada di Machang, Kelantan.

Oleh kerana ramai peminat yang ingin menternak ini datangnya dari negeri negeri lain. Justeru itu, kami telah bersedia menyediakan khidmat penghantaran anak benih ikan kelah ini ke negeri negeri berikut dahulu:

Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

Minima order: 150 ekor. Harga seekor RM8.

Kos penghantaran: Minyak + Tol + RM200 (Upah Driver dan Seorang Pembantu)

Cara Bayaran: 50% Semasa Tempahan. 50% Semasa Penerimaan. Tunai sahaja.

Pesanan:

Selepas pengesahan pembayaran pendahuluan, penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hari.

Pastikan akuarium atau kolam (tanki, simen, fiber) anda telah sedia dengan air yang telah bergerak minima 5 hari. Lagi bagus, jika telah dimasukkan dengan beberapa ekor anak ikan selama seminggu dan semua anak ikan tersebut hidup dengan baik. Jika anda membina kolam simen yang baru, pastikan kolam anda telah dirawat dengan tanah ((7 hari) dan batang pisang (7 hari) yang biasanya mengambil masa minima 14 hari. Baru masuk beberapa ekor anak ikan dan tunggu lagi 7 hari. Jika ok, baru order anak benih kelah:)

Untuk tempahan segera, sila hubungi:

013 -950  8012 =>> Sdr Mohd Nor Khomaini

Bayaran boleh dilakukan terus ke akaun berikut:

Nama Akaun: Fitrah Biotech Farm

Bank: Maybank

No. Akaun: 514477015334

Selepas membuat bayaran, boleh maklumkan bukti bayaran dengan cara:

Call/SMS: 013 -950  8012 =>> Sdr Mohd Nor Khomaini

Faks: 03 – 4025 1805

Email: info@ikankelah.com [Boleh guna borang contact form di sini]

Anda masih ada pertanyaan? Hubungi kami segera:)

Selamat Beraqua:)

J.Kelah

Pelihara Ikan Kelah – Jangan Biarkan Ianya Pupus

January 14, 2008 by J.Kelah · Leave a Comment
Filed under: Ikan Kelah 

Salam alaykum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Jika anda ke Kelantan melalui Gua Musang, anda akan melihat papan tanda besar berikut:

pelihara-ikan-kelah

Peliharalah Ikan Kelah:)

J@LestariKelah