Kolam Ternakan Ikan Kelah – Labok, Machang, Kelantan

June 17, 2008 by J.Kelah · 33 Comments
Filed under: Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Peminat ikan kelah sekalian,

Anda ingin datang melawat dan melihat sendiri ke kolam kami?

Mudah sahaja:

Jika anda dari KL – Gua Musang - Machang menuju ke Kota Bharu, anda akan menemui papan tanda berikut di sebelah kiri:

Selepas melepasi papan tanda “Labok” di atas, dalam 50 meter, anda akan melihat papan tanda ini pula:

Langkah anda seterusnya ialah, sila ikut laluan ke “Banggol Judah” tersebut. Pilih arah ke kanan.

Apabila masuk ke simpang kanan ke “Banggol Judah:” tersebut, sila lihat meter anda, lebih kurang 1.5Km anda akan sampai ke rumah kami yang menempatkan kolam ternakan kelah dengan melihat papan tanda berikut di sebelah kiri:

Untuk lebih mudah dan pasti, sila hubungi Sdr Mohd Nor Khomaini di talianĀ  013 – 950 8012 untuk memastikan anda tidak terlajak.

Sebelum datang, ada baiknya anda call Sdr Mohd Nor Khomaini dahulu untuk set temu – janji.

Sekilas pemandangan…

Sehingga bertemu… salam kejayaan untuk anda!

J. Kelah