Stok Semasa Anak Benih Ikan Kelah Merah
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Ramai yg tanya bagaimana dgn status stok anak benih ikan kelah kami…
Pada masa ini, kami memastikan kesediaan stok sekitar 5000 ekor anak benih ikan kelah yg masih kecil (fry). Apabila berkurang, akan ditambah, agar stok semasa sentiasa sekitar 5000 ekor. Setiap minggu kami melakukan penggreden saiz. Jika mencapai saiz purata 2 inci ke atas akan kami asingkan utk persiapan penghantaran kepada pembeli pembeli yg telah menempah awal.
Biasanya dlm seminggu kami mampu menarik keluar sekitar 500 ke 1500 ekor sahaja yg bersaiz 2 inci. Ramai juga yg bertanyakan saiz 3 ke 4 inci, maaf, memang langsung tiada stok saiz berkenaan. UPDATED 29 November 2009: Kini ada stok saiz 2 inci sampai 5 inci.
Jika rakan rakan peminat kelah dah bersedia utk mendapatkan kelah ini, tempah awal awal dan insya Allah dalam 1 ke 2 minggu, tempahan akan dipenuhi.
Utk tempahan, boleh hubungi 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini. Harga anak benih ikan kelah merah saiz 2-3 inci RM10/ekor. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, kos penghantaran kira lain, bergantung lokasi.
Untuk harga terkini: Sila ke link berikut:
http://www.ikankelah.com/makluman-kepada-semua-peminat-kelah.html
Jika ada soalan soalan berkaitan penyediaan kolam, boleh email saya di info@ikankelah.com
J @ IkanKelah.com

xda penghantaran ke sarawak ke?
Salam, saya juga adalah penggemar ikan kelah. Pertama kali saya makan ikan kelah baru-baru ini saya terus ‘hooked’. Saya rasa gembira membaca artikel saudara di laman web ini kerana lokasi saudara yang berdekatan dengan rumah saya di Kg. Padang Balang Sentul. Bermakna bila ada masa saya teringin untuk makan ikan kelah lagi saya tahu di mana tempat yang dekat untuk mendapatkan nya.
Saya ada menulis sedikit mengenai pengalaman pertama makan ikan kelah tempohari dan saya telah pos kan artikel tersebut di laman web saya di alamat berikut http://www.zaipul.com/blogs/rasa-sedap-ikan-kelah-merah-dari-belantara-pahang/
Mungkin saudara boleh gunakan link tersebut bagi mereka-mereka yang masih tertanya-tanya apa kelebihan rasa ikan kelah tu
.
@Jawan – penghantaran ke sarawak boleh diuruskan. minima 1000 ekor. tambah kos penghantaran. jika dah bersedia, boleh email kami di info@ikankelah.com bersama informasi terperinci.
Terimakasih atas penghantaran benih2 kelah merah sebanyak 300 ekor pada 1/12/2009 yang lalu, Alhamdulillah kesemua anak2 benih tersebut yang telah dimasukkan kedalam kolam simen 10 x 10 hidup sihat sehingga ke hari ini, cuma masih belum biasa berapa banyak makanan perlu diberikan dan masa memberi makanan.
InsyaAllah selepas musim banjir ni saya akan membina 3 lagi kolam2 simen 10 x 10 bertujuan untuk penternakan ikan secara serius.
Terimakasih