Tuesday , September 26 2017

Sistem Penapisan Eko Bio Jimat

Sistem Penapisan Eko Bio Jimat, Mesra Alam Dan Kurang Penyelenggaraan

Jika anda ingin memiliki sebuah kolam ternakan ikan kelah atau apa-apa jenis ikan hiasan, sistem penapisan adalah topik penting bagi memastikan ternakan kita hidup sihat dan membesar dengan baik.  Sistem Penapisan Eko Bio yang dibina daripada bahan semulajadi seperti pasir sungai sangat popular kerana ia bukan saja jimat wang, malah mesra alam dan kolam kurang penyelenggaraan.

Pasir sungai boleh membantu meneutralkan air serta membuang sisa toksin dalam kolam. Ia turut mengimbangi pH air, menyedut kandungan ammonia, habuk dan sisa kumbahan dalam air.

Antara fakta penting untuk sitem penapisan kolam:

  1. Penapisan Mekanikal
    Kebanyakan media dalam sistem penapisan jenis ini adalah alat mekanikal. Biasanya menggunakan alat pemutar air dan berus yang mencuci kolam sebelum sisa terampai serta kumbahan disedut dengan pam yang mencuci air menjadi lebih jernih.
  2. Penapisan Biologi
    Biasanya akan digunakan untuk membuang bakteria tertentu di dalam kolam yang terhasil daripada sisa kumbahan. Ada dua peringkat yang dapat membunuh ammonia. Satu peringkat adalah proses membunuh ammonia dan menukarkannya kepada nitrat menggunakan bakteria nitrosomonas. Peringkat kedua menukarkan nitrik kepada nitraty dengan bakteria nitrobacter.
  3. Penapisan Kimia
    Berfungsi mengubah ammonia dan bahan buangan organik lain dengan penyerapan bahan kimia. Ini bermakna sisa kumbahan dan ammonia dalam air ditukarkan kepada karbon. Zeolite boleh melarutkan ammonia dan nitrik di dalam air.
  4. Penapisan Pasir
    Ada kolam ikan yang menggunakan penapis pasir untuk menjernihkan air. Biasanya pasir ini akan disiram dengan air laju atau tekanan tinggi. Bakteria yang aktif akan diserap masuk ke dalam pasir, jadi kekotoran turut diserap sama dan air menjadi lebih cerah. Penapis pasir ini biasanya lebih mahal tetapi jika mahu jimat apa kata anda membuatnya sendiri di rumah.

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*