Tuesday , September 26 2017

Selamat Datang Ke IkanKelah.com

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Selamat datang ke IkanKelah.com

Rakan rakan penggilai kelah…

Tujuan saya setup WeBlog IkanKelah.com ini ialah antara lain untuk:

1) Cuba mendokumentasikan semana yang mampu aktiviti saya menggilai kelah selama ini (sejak tahun 2002)

2) Berkongsi “pengalaman” dan “informasi” berkaitan ikan kelah ini dengan geng geng penggilai ikan kelah”online”.

3) Sebagai pentas informasi setempat tentang “ikan kelah”.

4) Membina “jaringan penggilai ikan kelah” @ komuniti untuk belajar antara satu sama lain.

5) Sekaligus mempromosikan aktiviti pemeliharaan ikan kelah saya:)

Oleh kerana aktiviti kelah ni secara sambilan, aktviti mengemaskini WeBlog ini pun secara sambilan.

Sehingga post seterusnya…

Salam hormat,

J@LestariKelah

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

2 comments

  1. Saya tertarik dengan blog anda tentang ikan kelah atau di sarawak dipanggil dengan nama ikan empurau. Di pasaran, harga ini boleh mencecah sehingga RM600 satu kilogram.

    Saya sudah lama berminat dengan empurau atau kelah, dan baru sekarang cuba ternak ikan ini sebagai hobi dulu. Baru-baru ini saya telah berjaya membeli sekitar 20 ekor anak ikan mempurau selepas puas mencari di merata Bandaraya Kuching. Saya ternak anak kelah di kolam simen kecil sahaja sebagai percubaan, dan ingin sangat nak tahun bagaimana teknik untuk ternak ikan ini.
    terima kasih.

  2. salam hormat,

    1. sistem kolam boleh masuk air dan boleh keluar air dan boleh dikeringkan.

    2. sumber air yg bersih dan pastikan air dikawal – pantau sentiasa bersih.

    3. masukkan anak benih yg sihat.

    4. bagi makan waktu siang 2 atau 3 kali sehari.

    5. pantau dari masa ke semasa. ada yg sakit, asingkan.

    harap membantu tuan:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*