Tuesday , April 16 2024
Home / Akuakultur / Rehat Badan Sambil Menikmati Terapi Kelah

Rehat Badan Sambil Menikmati Terapi Kelah

RANAU 21 April – Selepas menamatkan cabaran mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali semalam, pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin hari ini merehatkan badan dan minda dengan menikmati urutan ikan kelah di pusat pelancongan Tagal Morali, Kampung Luanti Baru dekat sini.

Menurut Mohd. Noor, urutan ikan berkenaan amat melegakan, apatah lagi banyak kulit pada kaki dan tapak kaki sudah rosak akibat pendakian selama 111 hari itu.

“Geli tetapi melegakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam jurugambar Utusan Malaysia itu menamatkan fasa pertama percubaan melakar nama dalam Guinness World of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu dan Menara Kuala Lumpur sebanyak 111 kali.

Fasa pertama projek pendakian bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak dan 1Malaysia itu bermula 31 Disember tahun lalu, manakala fasa kedua membabitkan pendakian di Menara Kuala Lumpur akan bermula 8 Mei ini.

Menurutnya, dia bersama krew pendakian menghabiskan masa selama 30 minit sebelum berehat dengan menikmati keindahan pusat pelancongan berkenaan.

Mengenai persiapan mendaki Menara Kuala Lumpur, Mohd. Noor berkata, beliau akan melakukan latihan ringan seminggu sebelum pendakian bermula.

Katanya, latihan tersebut bertujuan memastikan stamina beliau kekal pada tahap sedia ada.

Menurutnya, beliau akan pulang ke Kuala Lumpur pada 26 April ini untuk memenuhi beberapa undangan termasuk menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada 27 April ini.

“Sementara menanti pulang ke Kuala Lumpur, saya akan menghabiskan masa dengan mengunjungi pihak yang telah banyak membantu menjayakan pendakian di Gunung Kinabalu khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya.

Menurut beliau, sebaik menghabiskan jadual di Kuala Lumpur, perkara pertama yang akan dilakukan ialah bertemu ayahnya, Mat Amin Ismail dan ibunya, Sulong Mohd. di Kuala Terengganu.

Beliau menambah, tarikh pertemuan terpaksa dirahsiakan bagi memastikan pertemuan itu berlangsung dalam suasana santai dan tidak membebankan sesiapa.

Rekod pendakian Mohd. Noor terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), Pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo Tanpa Henti 24 Jam di Menara Kuala Lumpur (2008).

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

One comment

  1. wow….. cerita saya pun ada di sini… terima kasih tuan….

    i like….. tapi i dont like lockdown sampai lanni…. apa boleg buet…. kita kjaga kita

    selamat maju jaya ikan kelah

    video saya hanya di sungai chiling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *