Ikan Kelah Makan Sawit

May 10, 2008 by J.Kelah · 11 Comments
Filed under: Benih Ikan Air Tawar, Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan aqua sekalian,

Pernah bagi makan ikan kelah peliharaan? … antara saat saat pengalaman yang sangat seronok.

Ikan kelah suka buah sawit. Buah sawit dihentak @ dipenyek dengan kayu beluti atau pun dihiris hiris dengan pisau amat disukai oleh ikan kelah. Ikan kelah akan mengekori sahaja tangan anda… gerombolan atau kumpulan ikan kelah akan merentap seberapa yang dapat kemudian membawanya lari jauh jauh dari rakan rakan saingannya… aktiviti ini menghasilkan bunyi “cit cit cit” sama seperti jika anda memberi makan ikan keli yang bersaiz 2-3 inci dengan dedak di atas polypipe.

Berikut ialah rakaman “ikan kelah makan sawit di tangan”…

Untuk “close up” anak anak benih ikan kelah merah saya… lihat gambar di bawah…

Adakah anda berminat merasai pengalaman seperti di atas? Jemput datang ke kolam saya dan lebih baik mulakan hobi memelihara kelah di rumah anda. Bekalan anak benih kelah, boleh dapatkan terus dari saya. Hubungi saya di sini:

http://www.ikankelah.com/hubungi-ikan-kelah-dot-com

Salam istirehat hujung minggu untuk semua:)

J@LestariKelah

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

2008-05-19 12:32:46

1. Kalau saya nak beli kanvas ternakan ikan air tawar , dimana boleh saya dapat ?
2. Bolehkah benih ikan telapia merah (gift) mudah saya dapat ?
3. Jika saya ternak 30,000 ekor, berapa banyakkah makanan yang diperlukan sebulan?
4. Dimana pula saya hendak beli makan tersebut ?
5. Kemana pula hendak saya jualkan hasil ternakan saya secara pukal?
6. Telefon saya 017-6344440 jika perlu

 
Comment by yie
2008-06-15 22:05:53

1.macam mana nak bela kelah?
2. kolam macam mana yng diperlukan?
3. penjagaan air macam mana?
4. berapa lama tempoh ikan matang dan boleh dijual?
5. berapa peratus ikan akan hidup sampai matang?
6. macam mana nk pasarkan ikan yang sudah matang?
harap dapat panduan yang berguna. saya berminat untuk memelihara ikan kelah ni.

 
Comment by J.Kelah
2008-07-20 13:53:53

boleh email saya dengan menggunakan borang ‘contact form” yang telah disediakan di ruangan menu di atas.

terima kasih.

 
Comment by muhd.ashura
2008-11-12 22:33:27

assalamualaikum.

Boleh kah saudara mengirimkan saya prosedur ternakan ikan kelah dalam kanvas, maksud saya ialah cara penyediaan air yang sesuai dengan ikan,bekalan oksigen,makanan, penyakit dan yang berkenaan dengan nye?
Buat masa sekarang saya masih dioversea, dan kemungkinan akan plang ke tanah air pertengahan bulan depan.
Dan saya berminat dengan ternakan ikan kelah ini. Insyallah saya akan hubungi saudara bila saya kembali nanti.

Terima kasih.

Yang Baru nak mula,
ashura.

 
Comment by J.Kelah
2008-11-14 19:34:40

muhd ashura: boleh apa salahnya. nanti dah sampai tanah air, boleh hubungi saya untuk diskusi lanjut 013-2814075 @ J. Kelah

terima kasih.

 
Comment by epul
2008-12-15 02:39:08

Saya ada membela ikan kelah nie, saya ingin tahu, bagaimanakah kita dapat menentukan jantina ikan kelah?
Selain itu, berapakah umur untuk ikan ini matang?

 
Comment by J.Kelah
2008-12-17 11:41:30

epul: yg sirip belakang jantan menajam manakala sirip belakang betina membulat. ikan yg telah mencapai 800 gram ke atas dah dikira matang.

 
Comment by hashim
2008-12-24 23:47:45

Salam,
Saya minat nak beli benih ketutu dari sedara dalam 20 ekor dulu, lepas sebulan saya tambah lagi dalam 20 ekor.Boleh sedara bagi sebutharga?Utk makluman, tujuan saya nak cuba2 dulu ( lebhkurang R&D lah tu.).Saya duduk kat Ulu Kelang.Terma kasih.
Wassalam.

 
Comment by J.Kelah
2008-12-25 00:07:29

hashim: ada stok sekarang dlm berat 200gram/12 inci/ekor, boleh call saya terus 013-2814075.

terima kasih.

 
Comment by Tan
2010-03-09 11:13:07

Salam sejahtera.

Ikan kelah makan floating feed pellet ke?
Apa pellet yang sesuai untuk ikan kelah?Ada pellet yang memang specific untuk ikan kelah ke?

Sekian terima kasih.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:30:23

tan, boleh dgn floating feed pellet. yang tenggelam pun boleh. ikan ini ikut apa yang kita ajar. buat masa ini tiada pellet khusus utk ikan kelah. boleh guna yg biasa dijual di kedai akuarium.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post