Tuesday , March 19 2024
Home / Ikan Air Tawar / Penyakit Ikan Air Tawar Dan Rawatan (Siri 4)

Penyakit Ikan Air Tawar Dan Rawatan (Siri 4)

Penyakit Ikan Air Tawar Dan Cara Rawatan (Siri 4)

Siri 4:

Jangkitan Lernaea

Sumber: arc.com.my
Sumber: arc.com.my
  • Parasit Lernaea sp. adalah ahli kumpulan Krustasia.
  • Dikenali juga sebagai cacing sauh.
  • Menjangkiti semua jenis ikan terutamanya ikan kap.
  • Jangkitan yang serius akan menyebabkan badan bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
  • Sekiranya keadaan ini berterusan akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria dan memburukkan lagi keadaan ikan.
  • Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.

Tanda-tanda penyakit:

  • Bintik-bintik merah terutamanya pada badan, sirip dan kepala.
  • Ikan yang kecil akan mati dahulu & ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.

Rawatan Jangkitan Penyakit Lernaea

Bahan

Jenis Rawatan & Penggunaan

Trichlorofon (Neguvon) Rawatan Berterusan – Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 – 0.5ppm (0.2 – 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam

Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan
Rawatan Mandian – Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.
Rawatan Berterusan – Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.

PERHATIAN – Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.

Langkah Pencegahan:

  • Kolam yang dijangkiti parasit ini perlu dikeringkan dan di kapur dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan perhektar.

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

Jenis Ikan Air Tawar

Faktor Pilihan Dan Jenis Ikan Air Tawar Untuk Projek Akuakultur

Faktor Pilihan Dan Jenis Ikan Air Tawar Untuk Projek Akuakultur Faktor Pasaran: Ada permintaan Jumlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *