Tuesday , March 19 2024
Home / Ikan Air Tawar / Penyakit Ikan Air Tawar Dan Rawatan (Siri 3)

Penyakit Ikan Air Tawar Dan Rawatan (Siri 3)

Penyakit Ikan Air Tawar Dan Cara Rawatan (Siri 3)

Siri 3:

Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda (Fluke)

penyakit ikan 3
Sumber: arc.com.my
  • Parasit monogenea ini terdiri dari cacing helminth yang kecil & membahayakan ikan ternakan.
  • Disebarkan oleh ikan-ikan liar yang memasuki kolam.
  • Berbagai spesies dalam kelas monogenea dan menyerang ikan ternakan terutamanya benih ikan.
  • Cacing ini hanya terdapat pada ikan yang hidup sahaja.
  • Membiak dengan pesat pada musim panas iaitu sebanyak 20 kali ganda berbanding musim hujan / sejuk.
  • Dua spesies yang sering ditemui ialah Gyrodactylus sp & Dactylogyrus sp.
  • Perbezaan kitar hidup antara 2 parasit tersebut ialah Gyrodactylus.sp menyambung generasinya dengan melahirkan anak manakala Dactylogyrus.sp dengan menghasilkan telur-telur.

Tanda-tanda penyakit:

  • Anak-anak ikan yang dijangkiti akan menjadi lemah dan tidak mahu makan.
  • Warna badan menjadi pucat dan kurus.
  • Ikan berenang tanpa arah tertentu dengan laju & berpusing-pusing setempat kerana kegatalan.
  • Tanda-tanda reput sirip, sesungut dan sering kali di bahagian bawah kepala menjadi merah.
  • Menyebabkan kematian jika jangkitannya serius pada anak ikan.

 Rawatan Jangkitan Parasit Helminth-Trematoda(Fluke)

Bahan Jenis Rawatan
Trichlorofon (Neguvon) Rawatan Berterusan – Masukkan sukatan Neguvon ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan Neguvon 0.2 – 0.5ppm (0.2 – 0.5mg/liter). Ulang rawatan selepas 1 minggu sekiranya masih ada tanda-tanda serangan parasit. Sebaiknya sebelum memasukkan bahan, air kolam didalam keadaan bersih dan tidak pekat dengan bahan organik atau Ammonia.
Garam
Rawatan yg disyorkan bagi ternakan ikan makan

Rawatan Mandian – Rendamkan ikan ke dalam air yang berkepekatan 10ppt (10gm/liter) garam selama 30 minit sehari untuk 3 hari berturut-turut. Bagi penyakit yang kritikal, kepekatan garam sehingga 20ppt (20gm/liter) boleh dilakukan selama 20 minit, dan ianya bergantung kepada jenis ikan dan ketahanannya. Sekiranya ikan menunjukkan tanda-tanda stress & naik ke permukaan air, asingkan ikan tersebut daripada tempat rawatan.

Rawatan Berterusan – Masukkan garam ke dalam kolam sehingga air kolam mencapai kepekatan garam 3ppt (3gm/liter). Sekiranya tiada kesan dalam masa beberapa hari pada ikan, tambahkan 2ppt (2gm/liter) kepekatan garam sehingga ianya mencapai kepekatan garam 5ppt (5gm/liter) keseluruhannya untuk air kolam tersebut.

PERHATIAN – Setiap proses rawatan memerlukan blower/pump bagi tujuan pengudaraan yang mencukupi ke dalam air kolam kerana setiap bahan yang dimasukkan kedalam kolam mengandungi agen pengoksida yang akan mematikan tumbuhan & lumut dan merendahkan kandungan oksigen didalam air.

Langkah Pencegahan:

  • Hindarkan penggunaan air yang disyaki mempunyai cacing ini.
  • Pastikan induk-induk atau benih ikan yang dilepaskan kedalam kolam tidak dijangkiti oleh parasit ini.
  • Ternakan hendaklah diberikan makanan yang mencukupi & berkhasiat untuk melawan penyakit ini dan mengurangkan kadar kematian.
  • Kuarantin ikan baru sebelum memasukkan ikan tersebut ke dalam kolam dengan rawatan mandian larutan garam 10ppt (10gm/liter) selama 30 minit terutamanya pada musim panas.

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

Jenis Ikan Air Tawar

Faktor Pilihan Dan Jenis Ikan Air Tawar Untuk Projek Akuakultur

Faktor Pilihan Dan Jenis Ikan Air Tawar Untuk Projek Akuakultur Faktor Pasaran: Ada permintaan Jumlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *