Saturday , April 20 2024
Home / Ikan Kelah / Menerima Lawatan Dr Stephen

Menerima Lawatan Dr Stephen

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,

Petang tadi kami menerima lawatan Dr Stephen dari Sarawak. Dr Stephen ialah seorang penyelidik serius tentang ikan kelah terutamanya spesis empurau di Sarawak. Beliau turut datang bersama Tn Hj Affandi dari Kota Bharu. Kedua-duanya ialah “penggilai” dan “penggila” Ikan Kelah!

Antara yang kami bualkan ialah tentang kepelbagaian spesis ikan kelah walaupun pada asasnya terbahagi kepada tor tambroides dan tor douronensis, namun terdapat penemuan ikan ikan kelah yang tidak sama dengan 2 jenis di atas, tetapi secara sahihnya bukan pula ikan tengas atau kejor, iaitu spesis yang mirip dengan kelah. Justeru itu, pengenalpastian menerusi kaedah DNA adalah yang terbaik. Kemungkinan besar disebabkan perbezaan habitat – alam sekitar – di mana ikan kelah itu hidup.

Kepada yang mengkaji ikan kelah, teruskan mengkaji. Kepada yang memancing kelah, teruskan memancing. Kepada yang memelihara di dalam akuarium, teruskan hobi anda. Kepada yang menternak, teruskan usaha anda.

Kepada yang masih belum memulakan hobi memelihara kelah di rumah/taman/persekitaran anda, jom mulakan.

Kita semua adalah penggilai dan penggila ikan kelah:)

J @ IkanKelah.com

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *