Sunday , August 20 2017

Lestari

Lestari Ikan Kelah

Rakan rakan kelah’ian sekalian,

Ikan Kelah ikan yang hebat. Ikan kelah digilai. Digilai oleh pemancing, digilai oleh pemakan, digilai oleh penternak dan juga digilai oleh penghobi. Ikan kelah ialah RAJA IKAN SUNGAI!

Informasi berikut ialah beberapa berita tentang  “Ikan Kelah” di Malaysia yang tentunya sedikit sebanyak mampu MENGGAMBARKAN makna sebenar IKAN KELAH!

Kelah cantik jadi ikan akuarium, peliharaan Oleh Osman Lisut (BH – Joran)

HULU LANGAT: Isi ikan kelah (Tor tambroides) tidak dinafikan enak rasanya dan tidak hairanlah ramai kaki pancing tegar berlumba-lumba memburu raja air tawar ini. Tidak kurang juga terdapat kaki pancing yang sekadar mahu menguji kehebatan aksi lasak serta ganas ikan berkenaan, yang kemudian dilepaskan semula bagi mengekalkan populasinya. Seorang penternak kelah, berkata ketika ini orang ramai sudah mulai prihatin mengenai spesies berkenaan dan pentingnya memulihara khazanah alam yang tidak ternilai itu sebagai warisan generasi akan datang.

Kelah merah penghias akuarium, kolah Oleh Helmi Hamzah (BH – Joran)

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal. Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kni anak kelah dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Ratah kelah panggang bernilai RM1,000 Oleh Mohamed Semail (BH – Joran)

JERANTUT: Tangan hanyir, gelaran bagi pemancing yang sering mendapat tangkapan terbanyak atau pancingnya sering mengena. Setiap kali pancing dijatuhkan, pasti disambar ikan. Sama ada kelah, sebarau atau kerai pasti menjadi mangsa.

Ratah kelah goreng dengan nasi panas Oleh Mohamed Semail (BH – Joran)

JERANTUT: Menikmati kelah segar amat menyelerakan. Isinya manis, halus dan sedikit berlemak. Itulah antara pengalaman penulis yang sukar dilupakan. Meratah kelah segar Lubuk Kening tetap menjadi kenangan. Bagi penulis yang jarang sekali menikmati kelah, inilah masa terbaik yang sukar digambarkan.

Sungai Keniam gamit pemburu kelah Oleh Zulhilmi Hat (BH – Joran)

KUALA TAHAN: Hajat untuk mendapatkan lesen Kelah Merah (Tor Tambroides) tercapai akhirnya apabila spesies yang digelar raja sungai itu terkulai di joran penulis ketika mengadakan trip memancing di Sungai Keniam baru-baru ini. Pelbagai teknik digunakan bagi menjerat ikan ini walaupun terpaksa menyamar sebagai `pokok’ untuk memperdayakan ikan yang dikatakan cukup bijak mengesan objek hidup kelilingnya.

Harga ikan kelah RM80 hingga RM100 sekilogram berpatutan (HM – Main Section)

KUALA TERENGGANU: “Mungkin dia baru pertama kali makan ikan kelah dan tidak tahu kenikmatannya yang setanding dengan harga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar ini semalam selepas seorang pengurus hotel di Mersing, Johor mendakwa tertipu apabila harga ikan Kelah dinyatakan di sebuah kedai makan di Kampung Gaung, Kuala Berang RM80 sekilogram.

Sungai Chuau PUTRAJAYA dimaju jadi santuari ikan kelah (BH – Main Section)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya akan membangunkan kawasan sepanjang 53 meter di hilir Sungai Chuau, Presint 5, di sini sebagai lokasi santuari ikan kelah dari spesies Tor Tombroides. Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman, berkata selain menjadi lokasi ikan kelah, kawasan berkenaan juga bakal dilengkapi pelbagai kemudahan bersesuaian, sejajar hasrat untuk menjadikannya sebagai kawasan rekreasi terbaru di sini.

Sawit peram untuk jinak kelah Oleh Zulhilmi Hat (BH – Joran)

PENANGAN buah sawit selain dijadikan minyak masak cukup sinonim dengan pemancing di negara ini yang gemar memburu ikan bersisik seperti kelah, kejor, tengas dan lampam. Seperti kita maklum, buahnya yang dikekang oleh tandan sebesar pemeluk dan menghasilkan buah kecil sebesar ibu jari yang berwarna merah kehitaman terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak.

Keeping the kelah safe By Anna Yusof  (NST – Travel Times)

The kelah conservation project at Sungai Nenggiri will ensure the fish isn’t wiped out, writes ANNA YUSOF. SUNGAI Nenggiri in Gua Musang is a haven for ikan kelah (masheer), a much sought after freshwater fish that can fetch a good price at fine dining restaurants in the country.

Bermain dengan kelah Oleh Tn Sharifah Shahaini Tn Dagang (Harian Metro – Variasi)

TAMAN Negara Pahang memang terkenal dengan keindahan dan kehijauan hutan yang masih gah terpelihara walaupun usianya dipercayai mencecah 130 juta tahun. Antara aktiviti disediakan di santuari itu ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenang dan bermain bersama ikan kelah.

Friendly kelah of Sungai Petang By Alias Mohamed  (NST – Travel)

THE kelah fish or the Malaysian mahseer is known for its elusiveness and “unfriendly” behaviour towards human beings. Normally, it’s only found in remote streams with deep pools surrounded by boulders. However, the kelah in Sungai Petang, 21kms from Pengkalan Gawi, the gateway to Tasik Kenyir in Terengganu, seem to be a different breed altogether. Not only are they unafraid of human beings but at the Kelah Sanctuary in Sungai petang, they actually come to swim and play with humans! They even feed right off our hands.

Swimming with fish (NST – Main Section)

TASIK KENYIR: A holiday in Terengganu would not be complete if you don’t go and swim with the kelah. The 45-minute boat ride down Sungai Petang to the kelah sanctuary alone is worth the trip.

Fine dining industry to help revive dying fish trade By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

KUALA TERENGGANU: A failed government-sponsored project in Jenagor to raise kelah (Malayan Mahseer) for the ornamental fish trade is being revived thanks to its recent reorientation towards the fine dining industry. Launched by the Fisheries Department last year, the project had aimed to increase the income of residents in the area by involving them in the breeding and trade of the highly-prized ornamental fish. Fifty-three participants were then roped in and supplied with thousands of kelah fry to be raised in tanks in the backyard of their homes.

Kelah untuk jadi ikan angkat Oleh Osman Lisut (BH – Joran)

KUALA TAHAN: Suatu ketika dulu, negara nyaris menghadapi kepupusan ikan kelah (Tor tambroides), apabila Raja Sungai itu diburu pihak tidak bertanggungjawab dengan cara tuba dan karai. Akibatnya, zuriat kelah di beberapa sungai hampir lenyap sehingga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta badan bukan kerajaan bergabung mengambil inisiatif memuliharanya.

Mystique of the Kelah By Yamin Vong (NSundayTimes – Cars, Bikes & Trucks)

THERE comes a moment in time when even the hunter turns into a warden. This is the heartwarming tale of one of the pioneer members of the 4×4 Adventure Club of Kuala Lumpur (ACKL). Jerry Cheong Nyin Fatt, a top salesman in Avery Malayia for almost two decades, used to drive into the jungle to search for virgin fishing spots. He pushed on as far as he could in his Alfa Romeo 1750, and later a 2000.

Ringing in the kelah By Sager Ahmad (NTS – Travel)

PARK rangers at the Sungai Relau Nature Park have devised a way to tell the river kelah that food is being served. An excited SAGER AHMAD joins in to feed this protected species. WHEN you visit Sungai Relau Nature Park near Merapoh in Pahang, you may see a “circus” or a scientific “experiment” – depending on how you look at it.

Second sanctuary for kelah By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

TASIK KENYIR: A river in the northern side of Tasik Kenyir, Sungai Petuang, has been declared as the second sanctuary for the exotic and highly-priced kelah (Malayan mahseer). The move follows the success of the first kelah sanctuary at Sungai Petang located in the southern part of the lake near the National Park, early this year.

Kelah sanctuary opens its doors to curious tourists By Jessica Lim (NSundayTime – Main Section)

IT’S 2pm and the lunch bell rings. Only this time, it’s a school of elusive ikan kelah that turn up for the meal. JESSICA LIM plays eco-tourist at Taman Negara’s kelah sanctuary. The weather-beaten man wades to the middle of Sungai Kuala Juram and sits down, a large bucket gripped between his knees and an ice cream bell in hand.

Ikan kelah makes comeback in Tasik Kenyir sanctuary By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

HULU TERENGGANU: The good news is that the endangered Malayan mahseer, or ikan kelah, is making a comeback in Sungai Petang, Tasik Kenyir. The bad news, for anglers, at least, is that the river was declared a kelah sanctuary early this year and fishing prohibited. Conservation efforts over the past eight months have also yielded a pleasant surprise, which could turn into a tourist attraction. The fish are tame, so visitors can feed them and even swim with them.

RM5,000 ganjaran buru kelah Nenggiri (BH – Joran)

PETALING JAYA: Penggemar kelah berpeluang menyertai pemburuan raja Sungai Nenggiri, Gua Musang di Kelantan, mulai 25 Mac hingga Jun ini, untuk mendapat ganjaran RM5,000. Sungai Nenggiri, diwartakan sebagai Pusat Pemuliharaan Ikan Kelah, dibuka kepada kaki pancing amatur yang pakar memburu ikan itu sambil merebut ganjaran wang tunai yang disediakan bagi peserta yang mendaratkan kelah merah melebihi 10 kilogram.

Kelah Jeram Paling By Roselan Ab Malek (BH – Joran)

MENJEJAK ikan kelah (Tor tambroides) atau Malaysian Mahseer bukan mudah. Ini kerana ikan berkenaan gemar mendiami kawasan lubuk di ulu sungai terutama di kawasan jeram. Ketika memancing, pemancing juga tidak boleh bising kerana kelah amat sensitif dan akan melarikan diri.

Santuari kelah Taman Negara By Roselan Abd Malek (BH – Joran)

IKAN kelah (Tor tambroides) atau Malaysian Mahseer bukanlah nama asing. Malah pelbagai gelaran diberikan kepada kelah, seperti permata sungai dan raja sungai. Kelah mempunyai keistimewaannya sendiri. Dari daging hinggalah ke sisiknya boleh dimakan. Dagingnya halus manakala sisiknya macam keropak apabila dibakar atau digoreng.

Kelah impian 2002 By Roselan Ab Malek (BH – Joran)

BAGI Mohd Yusaimi Zulkifli, impian untuk memancing dan menewaskan kelah (Tor duronensis) atau Malaysia Mahseer di tanah sendiri bukanlah satu perkara mudah untuk dicapai. Beliau berkata, impian itu sudah disemai sejak tiga tahun lalu tetapi tidak pernah terhasil kerana raja ikan air tawar itu sukar dijejaki.

Kelah Tasik Banding By Mohd Fadzly Abd Radzak (BH – Joran)

`Nun jauh beribu batu, gunung ganang ku rempuhi, demi seekor kelah yang ku cari, untuk dimasukkan ke dalam TDC, Lembah Belum lokasi kami, pendaratan kelah merah emas menjadi saksi, tidak ku sangka teknik mengilat kelah berjaya ku perbaharui.’ spoon yang ku guna akan ku abadi’. MENEROKAI hutan dara yang masih belum dicemari dan diusik segala yang ada di dalamnya adalah satu pengalaman yang paling berharga buat saya dan sesiapa sahaja.

Kelah: The “king” of fish

http://www.mymalaysia.com.my/Vacation

Kelah is the “king” of fish in the Kuala Tahan sanctuary

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp

Kelantan plans to set up Ikan Kelah Foundation

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

Mencari kelah di Air Deras

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

Sekian setakat ini yg dijumpai…:)

Selamat membaca.

J@LestariKelah

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*