Thursday , December 14 2017

Kursus Ikan Ketutu

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan “aqua” sekalian,

Ramai yang call, tanya nak beli anak benih ikan ketutu. Bila tanya dah pernah ternak ikan belum? Jawabnya tak pernah. Tanya lagi, tau nak ternak cam mana? Jawabnya tidak juga. Tanya lagi, bila nak start ternak, jawabnya sekarang atau dalam masa terdekat, tengah sediakan tempat spt kolam.

Nah, sekarang datang isu, nak kursus ke tak nak kursus sebelum menternak ikan ketutu? Atau tak kisah nak ternak ikan apa sekali pun.

Pandangan saya, jika sekadar nak memulakan dengan 1 – 2 kolam, dan dari satu kolam itu nak mula belajar sambil bertanya tanya dengan orang yang dah ternak, itu ok ok sahaja.

Tapi jika anda nak mulakan secara komersil, pelaburan melibatkan ribuan ringgit, ada baiknya anda pergi kursus terlebih dahulu. Ini khusus untuk mengurangkan risiko tidak berjaya. Jangan ulangi kesilapan yang penternak lain dah lakukan. Adakah kerana nak jimat fee kursus RM300 anda sanggup kerugian RM3000, RM30,000 dan ke atas hanya kerana kesilapan kesilapan kecil yang telah dilakukan oleh penternak penternak terdahulu.

Itu jika anda ingin memulakan penternakan dalam keadaan anda langsung tidak ada “Ilmu Ternak Ikan”. Jika anda dah ada “ilmu ternak ikan”, nah teruskan sahaja. Walaupun, lain ikan lain ilmunya, paling tidak telah ada asas.

Mana nak kursus ikan ketutu?

Gambar diambil dari blog Tn Hj Hanafiah (Link di bawah)

Saya mencadangkan anda berkursus dengan rakan saya Tn Hj Hanapiah sebagai “pentas mula” untuk anda mengenali ikan ketutu. Kenapa Hj Hanapiah? Dia tak jual apa apa pakej atau sistem. Dia hanya mengajar anda dengan pengalaman beliau lebih kurang 5 tahun. Adakah anda wajib membeli anak benih dengan beliau? Tak perlu. Adakah anda perlu membeli tangki tangki fiber atau ras dari beliau? Tak perlu. Adakah anda perlu jual ikan ketutu apabila besar kepada beliau? Tak juga. Tapi jika anda nanti tak berdaya nak menjual ikan ketutu, adakah anda boleh jual ikan ketutu kepada beliau? Boleh. Beliau ialah pemborong ikan air tawar.

Bila tarikh kursus seterusnya? Anda boleh lawati laman blog beliau di link berikut:

http://dimensirebana-kursus.blogspot.com

Sehingga post akan datang, selamat berkursus:)

J@LestariKelah

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*