Kolam Kanvas Ternakan Ikan – Hobi atau Komersil

November 11, 2008 by J.Kelah · 37 Comments
Filed under: kolam kanvas 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Selepas mendapat maklum balas dari rakan rakan yang berminat untuk menternak ikan di “kota”… saya percaya trend “urban aquaculture” telah bermula di KL, bahkan di mana mana kota negeri lain… pun telah bermula. Dan semakin mengukuh perkembangannya… jika dulu hobi dengan akuarium, kini hobi dengan “kolam”…

Dengan memahami kebanyakan ruang rumah dan ruang kedai di KL dan yang seumpama dengannya, saiz yang sesuai untuk membina sebuah Kolam Kanvas telah diputuskan ialah 7 kaki x 5 kaki x 2 kaki tinggi. Maka terhasillah Kolam Kanvas (Basic Version 1.0) seperti di bawah:)

pakej-kolam-kanvas

Jika anda menyewa rumah atau kedai di bandar, sudah tentu kolam simen/konkrit/fiber bukan pilihan yang paling tepat, jawapannya ialah… memerlukan sebuah kolam mudah alih, yang boleh dipasang dan ditanggal dalam masa kurang 1 jam… iaitu Kolam Kanvas.

Harga untuk “Basic Version” di atas ialah RM686

pakej-kolam-kanvas1

Insya Allah, menjelang minggu hadapan, saya akan paparkan gambar contoh Standard Version pula:) Selepas itu, Special Version menyusul (siap bumbung).

Berminat untuk mendapatkannya? Boleh tempah dengan rakan saya awal awal…

Hubungi beliau di talianĀ 019-3388629 ~ Sdr Dino (Untuk harga terkini)

Selamat menternak hidupan akua khususnya Ikan Kelah…;-)

J @ IkanKelah.com


RSS feed | Trackback URI

37 Comments »

Comment by talapia merah
2008-11-13 21:09:44

assalamualaikum…sy adalah penternak tilapia merah (dalam kanvas) sepenuh masa…saya ada beberapa pertanyaan…

1- kalau menternak kelah dalam kanvas, berapa kali kekerapan menukar air dalam sebulan?

2- ada bahan2 biologi lain yang perlu ditambah kedalam air? (jika menggunakan kanvas)

3- adakah saudara membeli ikan2 lain selain kelah?

 
Comment by jo
2008-11-14 16:32:28

Berapa lama tahan ni, saudara?

Berapa ekor ikan kelah boleh diternak dala basic version 7x5x2?

Water pump ada tak? Cuba tunjuk saiz water pump yang sesuai?

 
Comment by J.Kelah
2008-11-14 19:29:04

jo: 5 tahun sesenang. (bersasarkan pengalaman lepas) jgn diganggu gugat dengan bende bende yg tajam dan api dah le. 50 ekor boleh. boleh pakai waterpump atman 107.

:)

 
Comment by J.Kelah
2008-11-14 19:33:16

talapia merah: air tukar bila kotor. nak cek kotor boleh secara uji kaji pH dan amonia. cara mudah nampak kotor ngan mata kasar, tukar. lain air, lain tempat, lain keadaan sekeliling lain tempoh masa sesuatu situasi air menjadi kotor.

petua paling biasa ternak ikan kelah nih masukkan garam secukup rasa. kalau saiz kolam kanvas di atas boleh masuk garam sebanyak 1 kg.

selain kelah, saya sesekali ada menjual ikan keli, ikan puyu, belut dan tilapia.

terima kasih.

 
Comment by jo
2008-11-18 19:22:27

Apa makanan ikan kelah?

 
Comment by J.Kelah
2008-11-22 07:58:30

jo: boleh bagi makan pellet ikan yang high protin masa saiz 3-7 inci.kemudian diteruskan dengan pellet ikan biasa. boleh diberikan makanan lain seperti racikan ubi kayu dan juga sayur kangkung. cacing pun boleh. lebihan hirisan daging pun boleh.

 
Comment by ice cool
2008-12-05 14:36:19

Bro,

If u have bekalan anak belut ,saya berminat nak beli….

 
Comment by J.Kelah
2008-12-07 07:17:02

ice cool: saya tak ada bekalan anak belut.

 
Comment by Syah
2008-12-11 16:56:42

Salam Bro J.Kelah,

1) Boleh ke kita gunakan air paip biasa untuk menternak kelah?…seperti yang kita tau
ikan ni amat sensitif kepada kebersihan air. Manelah tau bahan kimia dlm air tu membuatkan kelah ni tak sesuai.
2) Bleh share harga pellet high protein, berapa 1 kg?
3) Bro..Bleh tolong jelaskan pasal market yang sudah ada dan yang belum diexplore lg?
dan prospek market untuk future?

TQ..

 
Comment by J.Kelah
2008-12-12 10:41:18

syah: boleh ternak ikan kelah dengan air paip. nyahkan dulu klorin dengan anti klorin jika nak masukkan ikan serta merta. lebih baik dirancang lebih awal, dengan membiarkan air paip 3-4 hari.

pellet nih gi aje mana mana kedai jual makanan ikan, beli yg protin lebih 40% kandungan protin. saya biasa pergi di kedai di rawang sebelum BP sebelah kiri (jika dari selayang)

pasaran ikan kelah nih kene usaha: satu utk ikan hiasan (sejak saiz berapa pun boleh jual). kedua utk ikan makan, perlu mencapai 1kg (ambil masa utk membesar 2.5 tahun) kedua dua market ini masih boleh diteroka.

 
Comment by suri
2008-12-16 22:13:29

1. kolam “basic version” dgn pam sekali ke?
2. brapa kos nak mula jika nak order “basic version” dgn anak ikan sekali’
3. ada buku panduan tak di pasaran

 
Comment by J.Kelah
2008-12-17 11:29:18

suri: kolam basic tak termasuk pam. kolam kanvas sahaja. harga kolam seperti yg tertera. harga anak benih seperti yang dinyatakan di web. nak anak ikan apa? kelah ke ketutu? buku panduan kolam kah? kolam mudah dipasang. boleh email saya jika ada soal lanjut.

 
Comment by suri
2008-12-18 22:24:03

1. buku panduan menternak kelah
2. anak kelah yang dibekalkan ni kalau biar sampai besar boleh jadi induk ke (boleh bertelur)
3. berapa lama ambil masa untuk anak kelah dari menetas sampai jadi induk.
4. kalau buat kolam simen, boleh tunjuk camna nak buat dia punya filter

 
Comment by J.Kelah
2008-12-24 11:21:29

suri: boleh hubungi saya utk panduan khidmat nasihat. boleh jadi induk bila dah besar. bila dah sampai berat 800 gram dah dikira matang. filter boleh guna kaedah bebas. guna pam dan span sahaja sudah cukup.

 
Comment by alan
2009-01-24 22:12:30

Jo,
1. Ada jual benih Ikan Kelah tak ? Kira macam mana ?
2. Kalau bela dalam tangki simen atau canvas , perlu tukar air berapa kerap ?
3. Biasanya berapa lama ikan kelah boleh capai masa size sesuai untuk jual ?

 
Comment by ace han
2009-02-07 13:42:07

assalam…j.kelah

saya nk cuba ternak ketutu dalam kanvas..jadi boleh tak bro bagitau had anak ketutu dalam satu kanvas dan diet pemakanannya??bro ada sedia jual x anak benih ketutu ni??.

 
Comment by J.Kelah
2009-02-16 20:47:29

ace han: digalakkan belajar dgn hj hanafiah di dimensirebana-kursus.blogspot.com

terima kasih.

 
Comment by atanidaman
2009-02-20 23:33:47

bagaimana dengan ikan jelawat.

 
Comment by J.Kelah
2009-02-21 21:31:05

atanidaman: jika nak ikan jelawat ekor putih – anak benih – hubungi saya. minima 1000 ekor order. terima kasih.

 
Comment by haidi
2009-04-09 15:01:27

camne rupa ikan kelah ni? market ada ke?

 
Comment by J.Kelah
2009-05-06 01:48:23

haidi: rupa ikan kelah ada dlm weblog nih. search di google images pun ada. saya menjual sejak 2002 lagi. dan ramai lagi pengusaha ikan kelah yg menjual ikan kelah.

 
Comment by rengku
2009-06-20 10:41:20

salam…
saya bdk bru blajar.percubaa sy baru talapia n keli baru dlm sebulan. kanvas sy 5′x5′x3′.berapa ekor boleh ternak talapia?apa size n berat?
klu nak bibit kelah blh htr ke sabah ke?

 
Comment by Izlan
2009-07-08 15:41:04

Salam, saya dah ada kolam kanvas ukuran 10′(p) x 6′(l) x 3′(t)… Air kelihatan hijau dan berlumut… Bagaimana nak hilangkan lumut?… Adakah sesuai untuk kelah jika hanya menggunakan pump akuarium 40W sahaja??

 
Comment by Ajita
2009-09-26 19:49:14

Anak ikan jelawat harga berapa?
saya nak tahu harga anak ikan sebarau juga.

TQ

 
Comment by J.Kelah
2009-11-22 02:39:20

ajita: anak benih ikan jelawat putih rm3.50/ekor. minimum order 1000 ekor. email info@ikankelah.com utk order.

 
Comment by Ajita
2010-01-28 17:25:54

Anak ikan jelawat putih yang tu size berapa?

 
Comment by loon
2010-02-06 10:15:39

Hi J.Kelah. Ada jual jelawat putih (1kg ++) kah? Minat nak beli. Tolong email ke ras.aquasafe@gmail.com

 
Comment by jo
2010-02-24 05:08:52

saya baru nak belajar, banyak nasihat saya pelajari disini,
ingin tanya satu soalan,
bagaimana nak tahu bilangan ikan yg boleh dimasukkan ke dalam kolam/kanvas. ikan puyu,kanvas saya 10x8x3

 
Comment by helangrimba
2010-03-17 00:09:36

saya berminat tuk menternak ikan ketutu dalam kanves
camne nak dapat kan anak da diet pemakanan ikan ini

 
Comment by abat
2010-03-25 16:50:40

nak tnya.. klu ternak ikan keli dlm sangkar.. perlu minta permit atau lesen x?

 
Comment by taha
2010-04-05 22:25:14

saya nak ternak talapia merah dlm kanvas saiz 9 x 13..kalo takde water pump boleh tak.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:19:44

sdr taha, 9 x 13 tu kaki ke, boleh boleh saja.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:21:49

Sdr abat, nak ternak ikan di mana pun di kawasan kepunyaan kita, tak perlu apa apa kebenaran. Kita perlu minta kebenaran menggunakan kawasan pengairan (tasik, sungai, tali air, kolam, laut) yang bukan kepunyaan kita. Mohon kebenaran dari pihak yang mempunyai kawasan tersebut.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:23:14

boleh belajar di kursus ternak ikan ketutu dgn hj hanafiah.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:49:54

sdr jo, byk mana ikan dlm 1 kaki persegi keluasan bergantung kepada jenis dan besar ikan pada sesuatu masa. sebagai contoh, 1kaki persegi utk ikan keli boleh isi dlm 10 ke 15 ekor dari kecil sampai besar. ini ratio yg ideal berdasarkan pengalaman penternak ikan keli yg berjaya berkali kali.

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 14:02:03

sdr loon, saya belum menternak ikan jelawat putih 1kg. ada pasaran baik kah?

 
Comment by loon
2010-05-10 15:57:57

Hi J.kelah,

Pasaran sedang cari lagi. I sekarang ada ternak jelawat putih saiz 4″ lebih kurang 2000 ekor. Skrg 5 bulan sudah dekat 300-400gram. Tapi ada yang saiz 200gram juga.

Sekarang saya sedang cari ikan jelawat putih saiz 1kg ke atas. Kalau ada boleh beli untuk bela dulu. Mungkin nak cuba breeding juga.

thanks

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post