Latar
Projek Ikan kelah ini dimulakan pada tahun 2002 di Kg Tualang Kudong, Labok, Machang, Kelantan. Inisiatif awal menternak ikan kelah ialah untuk tujuan hobi (sambil belajar tentang ikan kelah) di samping membekalkan secara kecil kecilan kepada peminat peminat ikan kelah yang berdekatan.
Selepas lebih 4 tahun, nampaknya, pembeli ikan kelah ini datang bukan sahaja dari Kelantan, tetapi juga dari negeri negeri bersebelahan dan Kuala Lumpur.
Bermula dengan 5000 ekor pada tahun 2002. Semuanya habis dijual pada tahun 2007. Kini , menjelang 2008, stok baru dimasukkan berjumlah 5,000 ekor lagi, dan WeBlog IkanKelah.com pun dimulakan. UPDATED APRIL 2008: 5000 ekor Ikan Kelah (stok baru) telah habis dijual. Kini, kami telah tambah lagi 10,000 ekor.
UPDATED JUN 2008: 5000 ekor Ikan Kelah (stok baru) telah ditambah lagi. Menjadikan anggaran 15, 000 Ekor.
UPDATED SEPTEMBER 2008: Kini kami sentiasa menyimpan stok purata 5000 ekor pada satu satu masa.
Kenapa berminat dengan ikan kelah? Pertama kerana kerana harganya yang mahal. Keduanya kisahnya yang hebat. 2 perkara itulah yang menjadi penyebab kenapa ikan kelah dipilih pada tahun 2002 dahulu.
Semoga WeBlog IkanKelah.com ini sedikit sebanyak menambah khazanah informasi berkaitan ikan kelah di dunia maya – fizikal yang saling berkait. Sekaligus bertukar tukar info, pandangan dan pengalaman berkaitan dengan rakan rakan “penggilai ikan kelah” yang lain, Insya Allah.
J@LestariKelah







