Tuesday , September 26 2017

Sasar RM600 Juta Melalui Perniagaan Ikan Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kerajaan Sasar RM600 Juta Melalui Perniagaan Ikan Hiasan

KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama) — Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan RM600 juta hasil Pendapatan Negara Kasar (PNK) melalui perniagaan ikan hiasan yang mampu mewujudkan 100,000 peluang pekerjaaan menjelang 2020.

Ketua Unit Akuakultur Pejabat Perikanan Terengganu Mariam Marip berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), jabatan telah menetapkan sasaran untuk mengeluarkan 1,500 juta ekor ikan hiasan dengan nilai RM1.7 bilion.

“Malaysia merupakan antara pengeluar ikan hiasan utama dunia di mana pada 2010 sejumlah 485 juta ekor ikan hiasan dihasilkan oleh lebih 470 penternak yang melibatkan kira-kira 800 hektar kawasan di seluruh negara.

“Bagaimanapun industri ikan hiasan di Terengganu masih di peringkat awal dengan spesis ternakan ikan hiasan hanya tertumpu kepada ikan Betta,” katanya selepas majlis penutup Program Gegar Betta negeri Terengganu yang disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaaan Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu Ngah Bidin di sini hari ini.

Mariam berkata pencapaian pengeluaran ikan hiasan untuk tiga tahun mengikut spesis bagi negeri Terengganu sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2010 sebanyak 15,210 ekor ikan hiasan dikeluarkan manakala pada 2011 sebanyak 58,392 ekor ikan dihasilkan dan pada 2012 (68,369 ekor).

Mariam berkata berdasarkan Dasar Agromakanan Negara dengan mengambil kira unjuran 12 peratus peningkatan pengeluaran setahun, Terengganu mampu mengeluarkan 169,279 ekor ikan hiasan menjelang 2020.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan telah menyalurkan RM300,000 tahun lepas untuk membangunkan industri ikan hiasan dengan memberi tumpuan kepada pengeluaran ikan Betta.

— BERNAMA

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*