Friday , June 23 2017

Kenapa dan Bagaimana Nak Ternak Ikan?

Assalamualaikum wr wb

Pada masa ini, lebih 1000 link ke laman weblog IkanKelah.com. Ini menyebabkan saya menerima byk pertanyaan berkaitan “ikan”. Soalan bukan sahaja tentang “ikan kelah” tetapi juga tentang “industri akuakultur” secara umum, panduan menternak ikan, pasaran pelbagai jenis ikan, masalah ternakan ikan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih benih ikan tertentu.

Malah ada yg menghantar email seringkas berikut:

“Saya minat nak ternak ikan”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?

Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas kepada yang baru nak menternak ikan…

Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada minda anda, ialah;

Kenapa anda nak ternak ikan?

kolam-ikan-kelahSebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau utk membina pendapatan utama?

Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang utk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjual ikan. Anda ingin “memiliki” ikan yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau utama dengan menternak ikan, anda perlu lakukan perkara berikut:

1. Mendapatkan informasi asas yang utama – selengkap mungkin antaranya:

  • ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, byk mana? bila nak?
  • berapa harga pasaran?
  • berapa kos – kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain lain
  • berapa lama masa utk menternak
  • macam mana nak ternak, besar mana kolam, berapa ekor boleh masuk, byk mana air, apa nak kasi makan, byk mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit.
  • selain mendaftar dengan jabatan perikanan, ada insentif tak, jika ada berapa, apa fama boleh bantu (jika ada), membina jaringan dengan kumpulan atau persatuan yg ada kepentingan bersama, ada daftar perniagaan tak, jika tak ada, kene daftar, nak daftar di mana, berapa kos, ada akaun bank dgn agro bank tak, dan seumpamanya. Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut prioriti.

2. Bagaimana nak cari maklumat di atas?

  • Di internet. (percuma, terhad dan berterabur)
  • Menghadiri Kursus. (berbayar, tersusun, dan boleh tanya mentor sampai bila bila). Pastikan betulke penganjur (speaker) kursus tahu dan reti dgn apa yg dia nak kursuskan.
  • Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Pastikan betul ke berjaya.
  • Kesemua di atas.

3. Menyediakan bajet.

Cara terbaik dgn duit sendiri. Kedua duit kawan kawan. Boleh JV dgn kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik beradik. Jika layak dan boleh dpt dgn pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dpt geran, teruskan.

4. Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.

Setiap informasi yang diterima, ditapis, disusun dan dirangka pelan tindakan mengikut prioriti.

Sekian serba sedikit yg saya mampu terfikirkan secara spontan utk rakan rakan aqua semua:)

Oleh kerana saya sgt sibuk, tidak semua email (juga kekadang sms dan panggilan tel) dpt saya jawab dgn segera. Biasanya saya akan cuba jawab “tunggakan email” pada hari jumaat. Seminggu sekali. Harap anda faham.

anak-ikan-kelah-merahkolam-kanvas-ikan-kelah

Selain menguruskan ikankelah.com, saya juga menguruskan ladangserai.blogspot.com, ladangfertigasi.blogspot.com dan  ladangtembikai.blogspot.com

Sehingga post seterusnya, selamat beraqua!

J.Kelah

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

3 comments

  1. Salam..

    Saya berminat dgn ternakan kelah. Adakah pihak Tuan memberikan kursus dan berapa bayaran nya?

    Terima kasih
    Nordin

  2. Salam Tuan,

    Saya amat berminat dengan perikanan, dan saya juga ada modal cikit². Adakah pihak Tuan memberikan kursus dan berapa bayaran nya?. ataupun dimana saya boleh mendapatkan kursus² perikanan …????

    Terima Kasih

  3. SY BRMINAT DENGAN PNTERNAKAN KELAH TPI XTAU CMNE NK MLAKAN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*