Kenapa dan Bagaimana Nak Ternak Ikan?

June 26, 2009 by J.Kelah · 7 Comments
Filed under: Umum 

Assalamualaikum wr wb

Pada masa ini, lebih 1000 link ke laman weblog IkanKelah.com. Ini menyebabkan saya menerima byk pertanyaan berkaitan “ikan”. Soalan bukan sahaja tentang “ikan kelah” tetapi juga tentang “industri akuakultur” secara umum, panduan menternak ikan, pasaran pelbagai jenis ikan, masalah ternakan ikan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih benih ikan tertentu.

Malah ada yg menghantar email seringkas berikut:

“Saya minat nak ternak ikan”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?

Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas kepada yang baru nak menternak ikan…

Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada minda anda, ialah;

Kenapa anda nak ternak ikan?

kolam-ikan-kelah

Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau utk membina pendapatan utama?

Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang utk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjual ikan. Anda ingin “memiliki” ikan yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau utama dengan menternak ikan, anda perlu lakukan perkara berikut:

1. Mendapatkan informasi asas yang utama – selengkap mungkin antaranya:

- ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, byk mana? bila nak?

- berapa harga pasaran?

- berapa kos – kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain lain

- berapa lama masa utk menternak

- macam mana nak ternak, besar mana kolam, berapa ekor boleh masuk, byk mana air, apa nak kasi makan, byk mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit.

- selain mendaftar dengan jabatan perikanan, ada insentif tak, jika ada berapa, apa fama boleh bantu (jika ada), membina jaringan dengan kumpulan atau persatuan yg ada kepentingan bersama, ada daftar perniagaan tak, jika tak ada, kene daftar, nak daftar di mana, berapa kos, ada akaun bank dgn agro bank tak, dan seumpamanya. Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut prioriti.

2. Bagaimana nak cari maklumat di atas?

kolam-ikan-kelah-merah

- Di internet. (percuma, terhad dan berterabur)

- Menghadiri Kursus. (berbayar, tersusun, dan boleh tanya mentor sampai bila bila). Pastikan betulke penganjur (speaker) kursus tahu dan reti dgn apa yg dia nak kursuskan.

- Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Pastikan betul ke berjaya.

- Kesemua di atas.

3. Menyediakan bajet. Cara terbaik dgn duit sendiri. Kedua duit kawan kawan. Boleh JV dgn kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik beradik. Jika layak dan boleh dpt dgn pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dpt geran, teruskan.

kolam-kanvas-ikan-kelah

4. Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.

Setiap informasi yang diterima, ditapis, disusun dan dirangka pelan tindakan mengikut prioriti.

Sekian serba sedikit yg saya mampu terfikirkan secara spontan utk rakan rakan aqua semua:)

Oleh kerana saya sgt sibuk, tidak semua email (juga kekadang sms dan panggilan tel) dpt saya jawab dgn segera. Biasanya saya akan cuba jawab “tunggakan email” pada hari jumaat. Seminggu sekali. Harap anda faham.

anak-ikan-kelah-merah

Selain menguruskan ikankelah.com, saya juga menguruskan ladangserai.blogspot.com, ladangfertigasi.blogspot.com danĀ  ladangtembikai.blogspot.com

Sehingga post seterusnya, selamat beraqua!

J.Kelah

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by Peniaga Malaysia
2009-07-01 10:46:46

Ya. Saya juga mengikuti perkembangan blog saudara dari masa ke semasa.
keep it up a good works

ps : arituh saya ada bela ikan kelah 2 ekor dalam akuairum..tapi lepas 2 bulan mati, mcm kene penyakit kulat

Comment by J.Kelah
2009-11-29 22:18:31

terima kasih Peniaga Malaysia. hmm sudah tentu disebabkan oleh air atau unsur yg ada dlm air… tak pa, cuci akuarium, cuba lagi!

 
 
Comment by joe_sabah
2009-07-06 15:37:12

salam,
saya nak tanya tuan, sejenis ikan yang mempunyai bentuk badan seperti ikan kelah merah seperti di laman web tuan, terdapat di sabah sempadan indonesia.
Ikan ini berwarna kuning emas di sebelah atas dengan jalur hitam di tengah badan dari kepala samapi ke ekor. bahagian bawah berwarna putih kebiruan. ikan ni di panggil pelian merah di sabah(pelian/kelah). saya nak tanya,adakah ini ikan kelah?

 
Comment by J.Kelah
2009-11-22 02:57:21

joe: ikan tu keluarga kelah. tapi bukan kelah merah (tor tambroides). ikan pelian memang disebut ikan kelah versi sabahan :)

 
Comment by sollehuddin
2009-12-03 08:22:34

as’kum…

sy nak tanya:-

1) kalau sy ternak ikan kelah dari kecil, berapa lame masa yang diambil untuk boleh di jual? & ikan tu dah sampai brape kg?

2) Umur ikan tu berapa tahun boleh kita boleh jadi kan induk?

3) Dan sbgaimane yg kita tahu kelah ade byk jenis.boleh sy tau, boleh ka kita campurkan skali dalam 1 kanvas kelah berlainan jenis?

terima kaseh diatas penjelasan yg diberikan..

 
Comment by johar
2009-12-06 12:07:23

assalamualaikum….
saya nak tanya, dimana ada menganjurkan kursus untuk menternak ikan kelah merah ni? saya sgt berminat untuk menternak ikan kelah merah ni…

Comment by J.Kelah
2009-12-07 08:42:09

buat masa ini tiada kursus. utk masa depan (selepas hari ini) sedang dirancang. sedang diusahakan dengan pihak pakar.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post