Thursday , September 18 2014

Ikan Ketutu – Penerokaan Baru

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan “Peminat Ikan” sekalian,

Baru baru ini saya ada menghadiri satu Kursus Penternakan Ikan Ketutu oleh Tn Hj Hanafiah di Petaling Jaya. Beliau telah berpengalaman lebih kurang 5 tahun dalam “dunia ketutu” ini. Kursus tersebut amat baik sekali terutama kepada orang seperti saya yang “tidak tahu apa” tentang ikan ketutu ini. Yang saya tahu hanya satu; ikan ketutu ni mahal harganya:). Penerokaan baru kepada saya.

Gambar diambil dari: dimensirebana-kursus.blogspot.com

Kursus itu diadakan pada hari sabtu. Sebaik sahaja saya tahu bagaimana untuk menangkap ikan ketutu liar ini, saya terus membeli bubu pada pagi hari ahad (keesokannya) dan pada petangnya terus saya ke Negeri Sembilan (rumah abang) untuk mula “test power” sejauh mana keberkesanan bubu ini.

Dan, pada hari isnin paginya… inilah hasilnya… (Bubu naga warna hijau anda leh nampak di belah belakang tu)

Ikan Ketutu dengan berat 1.05Kg! Itulah pengalaman pertama:) Selain itu ialah ikan ketutu bersaiz 3 ke 12 inci dengan berat antara 50 – 500 gram.

Nah, sekarang saya dah ada “bisnes baru” ;)

a) Mencari ikan ketutu liar dan jika kecil, jual sebagai anak benih dan jika besar jual terus ke restoran @ pemborong.

b) Mencari ikan ketutu liar dan jika masih belum sampai “market size” ternak dalam kolam simen (kerana saya ada 50 kolam simen 10′ x 10′).

Tapi sebelum itu, sebelum nak menjual, kita sendiri kene “try” cam na rasanya ikan ketutu ini… lantas adik ipar saya – Pok Ya – kasi masak stim ikan ketutu nih… memang sodap… di sebalik kehitaman dan kecoklatan warna kulitnya itu, tersembunyi isi yang putih lagi gebu untuk tekak anda!

Untuk mendapatkan resepi ikan ketutu masak stim di atas, anda boleh ke website isteri saya di link berikut:

http://… resepi-ikan-ketutu-masak-stim.html

Untuk koleksi gambar gambar “demam ketutu” ini, sila ke link berikut:

http://picasaweb.google.com

Anda merancang untuk menternak ikan ketutu? Boleh hubungi saya:)

Sehingga updates seterusnya, salam ceria selalu!

J@LestariKelah

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

4 comments

  1. Salam,
    Saya nak beli 600 ekor anak ketutu. Sila beri saya sebutharga dan kos penghantaran ke Port Dickson.

    Terima kasih.

  2. kalu ada ikan ketutu saiz 500g – 1kg mana nak jual?

  3. Nak details tentang kursus ketutu yang dijalan kat Petalinh Jaya

  4. salam..saya dah mulakan projek ternakan ikan ketutu sebanyak 1500 ekor. Projek ini telah berjalan hampir 6-7 bulan. sekarang ni ikan tersebut telah mececah 200 grm hingga 400 grm..Alhamdulillah projek ini saya berasa telah berjaya pada peringkat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>