Friday , March 29 2024
Home / Ikan Kelah / Ikan Kelah Untuk Hiasan Akuarium Pejabat

Ikan Kelah Untuk Hiasan Akuarium Pejabat

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan aqua sekalian,

Baru baru ini (Sabtu lepas) saya ada membuat hantaran Ikan Kelah Merah bersaiz 8 inci untuk memenuhi permintaan En. Fuad dan En. Ramli dari HQ Perodua di Rawang. Dalam akuarium yang bersaiz 10’x 3′ itu, telah sedia ada terdapat 2 ekor ikan kelah. Jadi mereka berminat untuk menambahkan “kawan” kepada ikan kelah tersebut. Lalu ditempah lagi 3 ekor.

Penghantaran mengambil masa lebih kurang 8 jam dari Kelantan. Caranya, mudah sahaja, masukkan 3 ekor ikan ke dalam plastik dan masukkan oksigen. Kemudian masukkan ke dalam kotak polisterin putih seperti di bawah… tutup dan bawak naik kereta. Tak nampak pun, sebab plastik tu jenis warna pudar dan dipasang 2 lapis seperti di bawah…

Agak susah nak amik gambar ikan dalam akuarium nih… ini yang berjaya… jika setting pencahayaan monitor pc/laptop/screen anda agak gelap – kasi cerahkan sikit… leh nampak gerombolan ikan kelah dalam akuarium nih…

Selepas membesar lebih 1 kaki panjang,”warna sisik” ikan kelah ini akan “keluar” biasanya.

Terima kasih dan syabas kepada pihak pengurusan HQ Perodua Rawang. Jangan lupa, nanti tempah lagi:)

J@LestariKelah

About M. Haffiz Ahmad

M. Haffiz Ahmad Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Check Also

harga-kelah-pasaran-tempatan

Harga Ikan RM1,400 Seekor

KOTA BHARU – Kelah atau mahseer dari dalam keluarga Cyprinidae merupakan antara spesies ikan bernilai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *