Thursday , June 27 2019

Ikan Air Tawar

Ikan Air Tawar Di Malaysia Dan Dunia

TADC Mega Projek Labur RM21 Juta Untuk Ternakan Ikan Dalam Sangkar

Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) melabur RM21 juta dalam bidang ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir sejak 2007. Pengerusinya Razali Idris berkata projek itu kini mempunyai kira-kira 2,200 sangkar yang melibatkan kawasan ternakan seluas lebih 10 hektar. “Sebanyak 200 sangkar pertama dibina pada 2007 dengan kos RM1 juta dan ia berjaya menghasilkan 20 hingga 50 ... Read More »

Perlukan 15 Tan Ikan Keli Sehari

Fakta: Penduduk di Lembah Klang memerlukan 15 tan ikan keli sehari MINATNYA bermula dengan melihat seorang lelaki berketurunan Cina menyewa lombong menjalankan perniagaan menternak ikan keli selama 15 tahun. Dia pernah bertanya bagaimana dengan kerjaya itu tetapi jawapan ‘teruk’ yang diberi lelaki berkenaan tidak dipercayai, sebaliknya menjadi pembakar semangat Mohd Fadzil Ibrahim, 57, untuk mencari peluang meneroka kerjaya sama. “Satu ... Read More »

Ternak Siakap Dalam Sangkar Bawa Keuntungan

BERMASTAUTIN berhampiran Sungai Kakap, Pekan, Pahang menjadikan Raja Zainuddin Raja Omar tidak ‘segan’ dengan hidupan air. Gemarkan sesuatu yang baru, Raja Zainuddin mula mencari aktiviti yang lebih mencabar sebagai mata pencarian. “Saya mula menyusuri anak Sungai Kakap bagi meninjau potensi ikan siakap di sana. “Malah Sungai Kakap juga mendapat namanya daripada ikan siakap,” katanya semasa ditemui di sangkar ikan siakap ... Read More »

Industri Akuakultur Di Serang Demam Keli

KETIKA ini, industri akuakultur bagaikan di serang demam keli kerana semakin ramai ingin menceburkan diri. Ramai pengusaha mula berjinak-jinak melibatkan diri sama ada berstatus kecil atau sederhana khususnya mereka yang berada di luar bandar. Meskipun ada ura-ura dan keluh kesah di sana sini bahawa aktiviti penternakan keli sudah tepu dan ramai yang berpendapat tidak menguntungkan, tetapi semakin ramai yang bertanya ... Read More »

Skim Kontrak Ladang Ikan Keli Perintis Agrotech Centre (PAC)

RAMAI penternak keli telah menyedari kehadiran dan mengenali secara umumnya satu produk atau rumusan pemakanan istimewa yang dibangunkan berteraskan bioteknologi keluaran Perintis Agrotech Centre (PAC), sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera yang menjalankan aktiviti pembangunan bioteknologi dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan. PAC yang ditubuhkan pada 2006 ini, mengorak langkah lebih jauh dalam bidang pertanian, bukan semata-mata terlibat dalam aktiviti ... Read More »

Dari Kelab Golf Ke Kolam Keli

SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu. Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini. ”Terus terang saya rasa tercabar, kawan ... Read More »

Empangan Jadi Pusat Ternak Ikan

KUCHING 26 Jun – Tasik empangan hidro elektrik Batang Air di daerah Lubok Antu berpotensi dijadikan Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur khususnya projek penternakan ikan tilapia hitam yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, beliau telah memaklumkan syarikat Trapia Malaysia Sdn. Bhd., syarikat tunggal yang melaksanakan projek tersebut ... Read More »