Friday , June 23 2017

Dapatkan Ikan Kelah di Sentul, KL

Updated: Kami tiada lagi beroperasi di Sentul, telah berpindah ke Kelantan.

Assalamualaikum wr wb
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai ikan kelah,

Talian internet baru bersambung kerana proses perpindahan. Ini mungkin post yang pertama dan terakhir untuk bulan Ogos, 2008 ini.

Kepada rakan rakan yang telah menelefon, sms dan mengemail saya sebelum ini kerana ingin mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah di KL, kini anda boleh mendapatkannya di Sentul.

Saya baru sediakan satu kolam kanvas (bersaiz 7′ x 5′) untuk menyimpan stok bekalan anak benih ikan kelah khusus untuk rakan rakan yang berhampiran dengan KL.

Buat masa ini ada dalam lebih kurang 500 ekor bersaiz 3 inci.

Saya juga telah sediakan satu akuarium (bersaiz 4′) untuk mempamerkan 1 ekor ikan kelah bersaiz 16 inci panjang. (lebih kurang 1Kg).

(Gambar diambil pada waktu siang)

(Gambar diambil pada waktu malam)

Jika ingin datang ke sini (Sentul, KL), caranya ialah…

Dari Balai Polis Sentul -> Sentul Pasar -> Terus Sampai Jumpa Esso Di Kanan -> Terus Lagi Ke Traffic Light Ambil Kanan -> Kondo Suajaya (di kiri) -> Sampai Jumpa Jembatan Sg Kecil -> Bengkel Motorsikal (di kiri) @ 100 Meter Sebelum Traffic Light Ke Lebuh Raya Karak => parking di sebelah kiri. Hubungi saya 014 526 0639, boleh saya jemput anda dari tepi jalan tu. Jika anda nak beli terus, tolong bawa bekas dan portable battery pump tu sebab saya masih belum ada kemudahan bekalan oksigen. Sedang diusahakan.

Saya merancang, stok ikan ketutu pun hendak ditempatkan di sini, akan saya cuba sediakan dan akan dimaklumkan nanti.

“Urban Aquaculture” bermula!

Selamat memelihara @ menternak ikan kegemaran.

J. Kelah

About J. Maideen

J. Maideen atau J. Kelah Adalah Seorang Penternak dan Pembekal Anak Benih Ikan Kelah Di Machang, Kelantan, Menjadikan Domain IkanKelah.com Sebagai Pentas Untuk Berkongsi Info Berita Berkaitan Ikan Kelah dan Akuakultur Di Malaysia. Semoga Bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*