Dapatkan Ikan Kelah di Sentul, KL

August 27, 2008 by J.Kelah · 24 Comments
Filed under: Ikan Kelah 

Updated: Kami tiada lagi beroperasi di Sentul, telah berpindah ke Kelantan.

Assalamualaikum wr wb
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai ikan kelah,

Talian internet baru bersambung kerana proses perpindahan. Ini mungkin post yang pertama dan terakhir untuk bulan Ogos, 2008 ini.

Kepada rakan rakan yang telah menelefon, sms dan mengemail saya sebelum ini kerana ingin mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah di KL, kini anda boleh mendapatkannya di Sentul.

Saya baru sediakan satu kolam kanvas (bersaiz 7′ x 5′) untuk menyimpan stok bekalan anak benih ikan kelah khusus untuk rakan rakan yang berhampiran dengan KL.

Buat masa ini ada dalam lebih kurang 500 ekor bersaiz 3 inci.

Saya juga telah sediakan satu akuarium (bersaiz 4′) untuk mempamerkan 1 ekor ikan kelah bersaiz 16 inci panjang. (lebih kurang 1Kg).

(Gambar diambil pada waktu siang)

(Gambar diambil pada waktu malam)

Jika ingin datang ke sini (Sentul, KL), caranya ialah…

Dari Balai Polis Sentul -> Sentul Pasar -> Terus Sampai Jumpa Esso Di Kanan -> Terus Lagi Ke Traffic Light Ambil Kanan -> Kondo Suajaya (di kiri) -> Sampai Jumpa Jembatan Sg Kecil -> Bengkel Motorsikal (di kiri) @ 100 Meter Sebelum Traffic Light Ke Lebuh Raya Karak => parking di sebelah kiri. Hubungi saya 013 – 950 8012, boleh saya jemput anda dari tepi jalan tu. Jika anda nak beli terus, tolong bawa bekas dan portable battery pump tu sebab saya masih belum ada kemudahan bekalan oksigen. Sedang diusahakan.

Saya merancang, stok ikan ketutu pun hendak ditempatkan di sini, akan saya cuba sediakan dan akan dimaklumkan nanti.

“Urban Aquaculture” bermula!

Selamat memelihara @ menternak ikan kegemaran.

J. Kelah

RSS feed | Trackback URI

24 Comments »

Comment by hashim
2008-08-31 00:25:56

Salam,
Terima kasih J, dah dekat ngan tempat saya nih.InsyaALLAH, dptlah saya melawat & beli benih kelah & ketutu.Moga maju jaya.
Wassalam

Ashim 2kelah2

 
Comment by Rahman
2008-09-07 08:45:19

saya kat JB,cmana nak beli benih ikan kelah?…boleh hantr ke JB ke?..

 
Comment by aril
2008-09-12 00:11:50

macam mana dengan harganya??

 
Comment by shah
2008-09-18 18:34:21

assalamualaikum J, slmt petang dan slmt berbuka puasa sebentar lagi, mmm… cantik tu… saya duduk kat padang balang je… bila saya boleh datng melawat tmpt J. Sabtu ni boleh ke?

 
Comment by J.Kelah
2008-09-18 18:38:54

hashim: jemput datang. call saya 013 2814075 jika nak dtg.

aril: saiz 3-4 inci RM10/ekor utk ikan kelah merah.

terima kasih.

 
Comment by J.Kelah
2008-09-18 18:40:19

rahman: boleh mai KL untuk beli. nak hantar ke JB, boleh jika kene gayanya, hehe. Hashim call saya 013-2814075 nak berapa ekor dan bila dah sedia untuk dihantar.

terima kasih.

 
Comment by J.Kelah
2008-09-18 18:53:59

shah: boleh datang, nak datang lepas sahur pun boleh hehehe. kalau dari pdg balang, lepas traffic light nak ke karak tu, sebelah kanan ada bengkel motor, sebelum bengkel motor tu ada jln masuk (kanan) dalam ke dalam kawasan pagar batu putih… haa saya berkampung kat dlm tu:)

terima kasih.

 
Comment by Darren
2008-11-17 23:15:29

saya di JB,awak punya ikan kelah merah ada besar lagi tak?macam lebih 10 inch, jika ada,berapa harga?kamu ada hantar ke JB?

 
Comment by J.Kelah
2008-11-18 14:20:04

darren: boleh email saya nak saiz berapa dan nak berapa ekor. info@ikankelah.com

 
Comment by Syah
2008-11-28 17:28:02

Berapa ekor minimun boleh beli..mane tau kene beli lebih dari 100 ekor baru jual..

 
Comment by J.Kelah
2008-12-07 07:09:52

syah: 1 ekor pun boleh beli.

 
Comment by Radin
2008-12-26 01:04:33

Asalamualaikum, saya dari Janda Baik, Pahang ingin dapatkan nasihat mengenai kelah dari sifat ternakan dan komersialnya. ada 2 kolam besar sekarang dengan air sungai masuk dan keluar. Kalau nak dapatkan nasihat dari anda, saya mesti ke kelantan atau di kl boleh?

 
Comment by J.Kelah
2008-12-31 10:09:02

radin: pada pkt awal, sdr boleh anjurkan soalan kepada saya menerusi email sahaja. pada masa ini saya berada di machang, kelantan. boleh email saya no telefon sdr, jika saya lalu ke kL, boleh kita berjumpa utk sembang sembang diskusi.

terima kasih.

 
Comment by debey
2009-01-08 01:44:32

assalamualaikum saya tinggal kat taman samudra batu caves…….kalau ikut
highway terus….sampai traffic light….kekiri kl..genting klang…..kalau ke kanan…sentul
yang mana satu nak ikut…..

 
Comment by J.Kelah
2009-01-08 14:38:45

debey: ke kanan – sentul. dlm 100 meter di kanan, ada nampak bengkel motorsikal, depan sikit ada tong sampah alam flora, di tepinya ada lorong terus ke dalam memasuki kawasan pagar berbatu berwarna putih… tapi sekarang saya tiada di situ, dan stok anak benih ikan pun tiada di situ… kehabisan stok. akan dimaklumkan apabila ada nanti.

terima kasih.

 
Comment by debey
2009-01-08 21:37:22

oooo mcm tuu….nak sangat bela ikan kelah original nih….bela dalam aquarium jer…
nanti kalau ada stok tolong maklumkan dalam web nih atau sms saya 0192745671.

terima kasih.

 
Comment by apis_bintulu
2009-07-28 04:11:56

asalamualaikum bro.sy dr bintulu,sarawak..sangat2 berminat untuk membela ikan kelah merah.sangat bengang dengan penipuan banyak kedai akuarium yang menjual tengas dan menyatakan ia kelah merah@empurau..boleh bro hantar ke bintulu?

 
Comment by Amin
2009-08-22 15:49:08

Saya berminat dan berada berhampiran anda, Saya pasti akan datang melihat dan beli anak2 kelah tu… kalau boleh mlm ni!!!

 
Comment by suhairi
2009-11-07 10:24:58

Salam

Apakah makanan utama@suasana dlm aquarium utk kelah merah,utk naikkan seri merahnya, ,saya ada 2 ekor saiz dia dlm 13 in & 8 in. kelah saya dari sungai Pasir Raja Hulu Dungun Terengganu.

Kerteh,Kemaman,Terengganu

 
Comment by J.Kelah
2009-11-22 02:08:56

suhairi: letak batu gunung berapi penuh di dasar lantai akuarium. makanan kasi yg protin tinggi. tanya kedai akuarium. ada yg murah ada yg mahal. tq.

 
Comment by AZFA
2009-12-03 12:50:12

Salam, kawan nak tanya, kelah ni ada brape jenis? stakat ni sy dah jumpe kelah hijau, merah dan biru…..yang biru tu agak mahal ckit….nak tanya untuk kepastian je…..

Comment by J.Kelah
2009-12-07 08:38:02

jenis kelah nih boleh baca di ruangan faq. kelah tor tambroides, tor tambra dan tor douronensis. itu secara ringkas berdasarkan kajian ilmiah selama ini. bagaimana pun, usaha penjenisan ikan kelah berdasarkan dna sedang dilakukan oleh instittut institut kajian spt universiiti. sementara itu, dari sisi komuniti peminat ikan kelah di malaysia, mereka mengklasifikasikan jenis jenis kelah ini berdasarkan warna yang dilihat, seperti ikan kelah merah, merah bara, merah rebung, kelah hijau, kelah biru, dan kelah mas. tq.

 
 
Comment by zack
2010-03-14 09:54:16

kat kedai banyak jual kelah hijau dengan biru tapi sama je, apa bezanya untuk kepastian?

 
Comment by J.Kelah
2010-04-23 13:27:29

kelah hijau di jual di kedai kedai akuarium di malaysia biasanya ikan tengas dan kejor. ikan kelah biru biasanya dari siam.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post