Kolam Transit Anak Benih Ikan Kelah dan Ketutu
PENGUMUMAN:
1. Kami tiada lagi membekal anak benih ikan ketutu.
2. Kami tiada lagi beroperasi di Sentul, KL, kerana telah berpindah ke Machang, Kelantan.
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Dalam posting yang terdahulu, saya ada sebut, saya merancang untuk menyediakan kolam transit anak benih kelah dan ketutu di Sentul, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, akhirnya hari ini, 17 Ramadhan @ 17 September, hasrat tersebut tercapai.

Saya sediakan 1 kolam transit untuk kelah. 3 kolam transit untuk ketutu. 1 kolam untuk kuarantin. Justeru itu, jika anda berhasrat untuk mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah merah (tidak perlu ke Machang, Kelantan) dan ikan ketutu (tidak perlu ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan), hanya di Sentul, KL. Boleh hubungi saya di talian:
013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini
Atau melalui email dengan menggunakan “Borang Hubungi Saya” di link berikut:
Senarai Harga Anak Benih Ikan Kelah: (Efektif September 2008)
Bersaiz 3 Inci:
< 10 Ekor = RM10/Ekor
< 100 Ekor = RM9/Ekor
< 1000 Ekor = RM8/Ekor
Bersaiz 7-8 Inci: RM100.00/Ekor
Bersaiz 11-12 Inci @ 1 Kaki: RM280.00/Ekor
Bersaiz 16 Inci @ 1Kg: RM500.00/Ekor

============================================================================
Senarai Harga Anak Benih Ikan Ketutu: (Efektif September 2008)
Setiap anak benih ikan ketutu yang dibekalkan telah melalui proses kuarantin selama 7 hari.

Bersaiz 4 – 5 Inci: RM4.50/Ekor
Bersaiz 5 – 6 Inci: RM5.50/Ekor
Bersaiz 6 – 7 Inci: RM6.50/Ekor
Bersaiz 7 – 8 Inci: RM8.50/Ekor
Bersaiz 8 – 9 Inci: RM9.50/Ekor
Bersaiz 9 – 10 Inci: RM10.50/Ekor
Bersaiz 10 – 11 Inci: RM11.50/Ekor
Bersaiz 11 – 12 Inci: RM12.50/Ekor
Bersaiz 12 – 13 Inci: RM13.50/Ekor

Info Gambar: Stok Anak Benih Ikan Ketutu Yang Baru Sampai
Jualan stok anak benih ikan ketutu berdasarkan “siapa cepat – dia dapat”. Tak perlu deposit/cengkeram. Tunai dan angkut sahaja:)
Insya Allah, stok anak benih ikan ketutu akan bertambah selepas hari raya, jika anda dah sedia untuk menternak ikan ketutu, mulai sekarang dah boleh sediakan kolam ternakan. Jika masih kosong pengetahuan tentang ikan ketutu, nah terus daftar dan hadiri kursus penternakan ikan ketutu. Jika nak sembang sembang tentang ikan ketutu, mai Sentul.
Selamat menjalani ibadah puasa:)
J. Kelah
Kolam Ikan Ketutu Saya
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan rakan aqua sekalian, berikut ialah salah satu gambar projek ikan ketutu saya…
Untuk melihat koleksi gambar gambar berkaitan, jemput ke link berikut:
http://picasaweb.google.com/ProjekIkanKetutu
Saya menggunakan kolam simen 10′ x 10′ untuk menempatkan anak anak benih ikan ketutu pelbagai saiz yang saya perolehi dari sumber liar berhampiran.
Sehingga post seterusnya, salam hormat.
J@LestariKelah
Ikan Ketutu – Penerokaan Baru
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan rakan “Peminat Ikan” sekalian,
Baru baru ini saya ada menghadiri satu Kursus Penternakan Ikan Ketutu oleh Tn Hj Hanafiah di Petaling Jaya. Beliau telah berpengalaman lebih kurang 5 tahun dalam “dunia ketutu” ini. Kursus tersebut amat baik sekali terutama kepada orang seperti saya yang “tidak tahu apa” tentang ikan ketutu ini. Yang saya tahu hanya satu; ikan ketutu ni mahal harganya:). Penerokaan baru kepada saya.
Gambar diambil dari: dimensirebana-kursus.blogspot.com
Kursus itu diadakan pada hari sabtu. Sebaik sahaja saya tahu bagaimana untuk menangkap ikan ketutu liar ini, saya terus membeli bubu pada pagi hari ahad (keesokannya) dan pada petangnya terus saya ke Negeri Sembilan (rumah abang) untuk mula “test power” sejauh mana keberkesanan bubu ini.
Dan, pada hari isnin paginya… inilah hasilnya… (Bubu naga warna hijau anda leh nampak di belah belakang tu)
Ikan Ketutu dengan berat 1.05Kg! Itulah pengalaman pertama:) Selain itu ialah ikan ketutu bersaiz 3 ke 12 inci dengan berat antara 50 – 500 gram.
Nah, sekarang saya dah ada “bisnes baru”
a) Mencari ikan ketutu liar dan jika kecil, jual sebagai anak benih dan jika besar jual terus ke restoran @ pemborong.
b) Mencari ikan ketutu liar dan jika masih belum sampai “market size” ternak dalam kolam simen (kerana saya ada 50 kolam simen 10′ x 10′).
Tapi sebelum itu, sebelum nak menjual, kita sendiri kene “try” cam na rasanya ikan ketutu ini… lantas adik ipar saya – Pok Ya – kasi masak stim ikan ketutu nih… memang sodap… di sebalik kehitaman dan kecoklatan warna kulitnya itu, tersembunyi isi yang putih lagi gebu untuk tekak anda!
Untuk mendapatkan resepi ikan ketutu masak stim di atas, anda boleh ke website isteri saya di link berikut:
http://… resepi-ikan-ketutu-masak-stim.html
Untuk koleksi gambar gambar “demam ketutu” ini, sila ke link berikut:
Anda merancang untuk menternak ikan ketutu? Boleh hubungi saya:)
Sehingga updates seterusnya, salam ceria selalu!
J@LestariKelah
