Stok Pertama 300 Ekor Sedia Untuk Dijual

February 16, 2009 by J.Kelah · 1 Comment
Filed under: Aquarium, Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb dan,
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,

Baru baru ini kami telah membersihkan kolam asuhan anak benih ikan kelah. Batch pertama anak benih ikan kelah merah bersaiz 1-2 inci telah kami tempatkan di dalam kolam tersebut. Kami akan membesarkan hingga mencapai saiz 3 inci utk sedia dijual.

Sementara itu, anak benih ikan kelah yang sedia untuk dijual bersaiz 3 inci, kini baru mencecah 300 ekor. Siapa cepat dia dapat. Yang menempah awal akan kami utamakan.

Boleh tel 013 – 950 8012 ~ Sdr Mohd Nor Khomaini utk tempahan/pembayaran.

Terkini: 300 Ekor Habis Dijual

Ikan Kelah Besar

November 20, 2008 by J.Kelah · 87 Comments
Filed under: Aquarium, Berita, Ikan Kelah 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan penggilai Ikan Kelah sekalian…

Hari nih kami melakukan aktiviti memindahkan ikan kelah besar dari kolam simen utk dimasukkan ke dalam akuarium… hah? utk ditayangkan kepada peminat yang datang melepaskan gian… kalau tak tahan, terus beli… ;-)

Kami ambil peluang ini untuk mengambil gambar dan menimbang berat ikan ikan kelah tersebut.

Berikut ialah beberapa koleksi gambar untuk tontonan pelayar weblog ini.

Selamat menikmati!

Haa… inilah Fadhil Noor Hadi… tulang belakang projek…

Di bawah ini ialah berat seekor ikan kelah on the way ke akuarium singgah kat timbang jap… 3.7Kg

Ikan Kelah Untuk Hiasan Akuarium Pejabat

May 8, 2008 by J.Kelah · 12 Comments
Filed under: Aquarium 

Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan aqua sekalian,

Baru baru ini (Sabtu lepas) saya ada membuat hantaran Ikan Kelah Merah bersaiz 8 inci untuk memenuhi permintaan En. Fuad dan En. Ramli dari HQ Perodua di Rawang. Dalam akuarium yang bersaiz 10′x 3′ itu, telah sedia ada terdapat 2 ekor ikan kelah. Jadi mereka berminat untuk menambahkan “kawan” kepada ikan kelah tersebut. Lalu ditempah lagi 3 ekor.

Penghantaran mengambil masa lebih kurang 8 jam dari Kelantan. Caranya, mudah sahaja, masukkan 3 ekor ikan ke dalam plastik dan masukkan oksigen. Kemudian masukkan ke dalam kotak polisterin putih seperti di bawah… tutup dan bawak naik kereta. Tak nampak pun, sebab plastik tu jenis warna pudar dan dipasang 2 lapis seperti di bawah…

Agak susah nak amik gambar ikan dalam akuarium nih… ini yang berjaya… jika setting pencahayaan monitor pc/laptop/screen anda agak gelap – kasi cerahkan sikit… leh nampak gerombolan ikan kelah dalam akuarium nih…

Selepas membesar lebih 1 kaki panjang,”warna sisik” ikan kelah ini akan “keluar” biasanya.

Terima kasih dan syabas kepada pihak pengurusan HQ Perodua Rawang. Jangan lupa, nanti tempah lagi:)

J@LestariKelah

Anak Ikan kelah Untuk Hobi @ Komersial

March 18, 2008 by J.Kelah · 2 Comments
Filed under: Aquarium, Ikan Kelah 

Salam alaykum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan penggilai kelah sekalian,

Jika anda berminat untuk memulakan pemeliharaan ikan kelah di kolam kolam persekitaran rumah anda, tidak kira sama ada untuk tujuan hobi atau untuk tujuan komersial, anda boleh mendapatkan bekalan anak ikan kelah bersaiz di antara 3 ke 4 inci dari kami di IkanKelah.com pada harga yang berpatutan.

Anda boleh hubungi kami dengan cara:

Email: Sila ke link “Contact Form” di link berikut:

http://www.ikankelah.com/hubungi-ikan-kelah-dot-com

Datang terus ke:

Kg Tualang Kudong, Labok, Machang, Kelantan
(UP: Sdr Mohd Nor Khomaini – 013 – 950 8012
)

Sebarang pertanyaan berkaitan, amat dialu – alukan.

Terima kasih.

J@LestariKelah