Pada masa ini, lebih 1000 link ke laman weblog IkanKelah.com. Ini menyebabkan saya menerima byk pertanyaan berkaitan “ikan”. Soalan bukan sahaja tentang “ikan kelah” tetapi juga tentang “industri akuakultur” secara umum, panduan menternak ikan, pasaran pelbagai jenis ikan, masalah ternakan ikan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih benih ikan tertentu.
Malah ada yg menghantar email seringkas berikut:
“Saya minat nak ternak ikan”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?
Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas kepada yang baru nak menternak ikan…
Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada minda anda, ialah;
Kenapa anda nak ternak ikan?
Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau utk membina pendapatan utama?
Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang utk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjual ikan. Anda ingin “memiliki” ikan yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.
Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau utama dengan menternak ikan, anda perlu lakukan perkara berikut:
1. Mendapatkan informasi asas yang utama - selengkap mungkin antaranya:
- ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, byk mana? bila nak?
- berapa harga pasaran?
- berapa kos - kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain lain
- berapa lama masa utk menternak
- macam mana nak ternak, besar mana kolam, berapa ekor boleh masuk, byk mana air, apa nak kasi makan, byk mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit.
- selain mendaftar dengan jabatan perikanan, ada insentif tak, jika ada berapa, apa fama boleh bantu (jika ada), membina jaringan dengan kumpulan atau persatuan yg ada kepentingan bersama, ada daftar perniagaan tak, jika tak ada, kene daftar, nak daftar di mana, berapa kos, ada akaun bank dgn agro bank tak, dan seumpamanya. Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut prioriti.
2. Bagaimana nak cari maklumat di atas?
- Di internet. (percuma, terhad dan berterabur)
- Menghadiri Kursus. (berbayar, tersusun, dan boleh tanya mentor sampai bila bila). Pastikan betulke penganjur (speaker) kursus tahu dan reti dgn apa yg dia nak kursuskan.
- Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Pastikan betul ke berjaya.
- Kesemua di atas.
3. Menyediakan bajet. Cara terbaik dgn duit sendiri. Kedua duit kawan kawan. Boleh JV dgn kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik beradik. Jika layak dan boleh dpt dgn pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dpt geran, teruskan.
4. Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.
Setiap informasi yang diterima, ditapis, disusun dan dirangka pelan tindakan mengikut prioriti.
Sekian serba sedikit yg saya mampu terfikirkan secara spontan utk rakan rakan aqua semua:)
Oleh kerana saya sgt sibuk, tidak semua email (juga kekadang sms dan panggilan tel) dpt saya jawab dgn segera. Biasanya saya akan cuba jawab “tunggakan email” pada hari jumaat. Seminggu sekali. Harap anda faham.
Selain menguruskan ikankelah.com, saya juga menguruskan ladangserai.blogspot.com, ladangfertigasi.blogspot.com dan ladangtembikai.blogspot.com
Sehingga post seterusnya, selamat beraqua!
J.Kelah
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Ramai yg tanya bagaimana dgn status stok anak benih ikan kelah kami…
Pada masa ini, kami memastikan kesediaan stok sekitar 5000 ekor anak benih ikan kelah yg masih kecil (fry). Apabila berkurang, akan ditambah, agar stok semasa sentiasa sekitar 5000 ekor. Setiap minggu kami melakukan penggreden saiz. Jika mencapai saiz purata 2 inci ke atas akan kami asingkan utk persiapan penghantaran kepada pembeli pembeli yg telah menempah awal.
Biasanya dlm seminggu kami mampu menarik keluar sekitar 500 ke 1500 ekor sahaja yg bersaiz 2 inci. Ramai juga yg bertanyakan saiz 3 ke 4 inci, maaf, memang langsung tiada stok saiz berkenaan.
Jika rakan rakan peminat kelah dah bersedia utk mendapatkan kelah ini, tempah awal awal dan insya Allah dalam 1 ke 2 minggu, tempahan akan dipenuhi.
Utk tempahan, boleh hubungi 013-2814075 Sdr Jamal. Harga anak benih ikan kelah merah saiz 2 inci RM7/ekor. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, kos penghantaran kira lain, bergantung lokasi.
Jika ada soalan soalan berkaitan penyediaan kolam, boleh email saya di info@ikankelah.com
J @ IkanKelah.com
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan rakan penggilai ikan kelah,
Pada masa ini (sejak awal Januari 2009 lagi) bekalan anak benih ikan kelah merah kritikal sekali. Faktor utama ialah memang musimnya - ikan ikan masih kecil. Keduanya kerana keadaan cuaca yang selalu hujan dan agak berpanjangan.
Ramai yang telah menempah terpaksa menunggu lama, kami minta maaf. Sehingga semalam, kami baru mampu membekalkan lebih kurang 3000 ekor anak benih ikan kelah merah.
Insya Allah, tidak lama lagi, kemungkinan dalam bulan Mei 2009, stok yang mempunyai saiz boleh dijual akan sedia untuk memasuki ruang kelah anda!
Untuk senarai harga anak benih ikan kelah merah, sila ke link berikut:
http://www.ikankelah.com/senarai-harga-ikan-kelah-merah.html
Kepada yang masih menanti, harap bersabar. Kepada yang telah merancang untuk mendapatkan kelah, boleh tempah awal awal - sekarang juga.
Tel: 013 - 281 4075 - Jamal
Sehingga mesej seterusnya, salam hormat.
J @ IkanKelah.com
PS: Sementara menanti anak benih ikan kelah merah membesar, saya menanam serai. Jika anda serius berminat untuk meneroka peluang dan potensi projek penanaman serai makan, boleh email atau telefon saya. Rakaman projek serai saya boleh diakses di link berikut:
http://ladangserai.blogspot.com
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Petang tadi kami menerima lawatan Dr Stephen dari Sarawak. Dr Stephen ialah seorang penyelidik serius tentang ikan kelah terutamanya spesis empurau di Sarawak. Beliau turut datang bersama Tn Hj Affandi dari Kota Bharu. Kedua-duanya ialah “penggilai” dan “penggila” Ikan Kelah!
Antara yang kami bualkan ialah tentang kepelbagaian spesis ikan kelah walaupun pada asasnya terbahagi kepada tor tambroides dan tor douronensis, namun terdapat penemuan ikan ikan kelah yang tidak sama dengan 2 jenis di atas, tetapi secara sahihnya bukan pula ikan tengas atau kejor, iaitu spesis yang mirip dengan kelah. Justeru itu, pengenalpastian menerusi kaedah DNA adalah yang terbaik. Kemungkinan besar disebabkan perbezaan habitat - alam sekitar - di mana ikan kelah itu hidup.
Kepada yang mengkaji ikan kelah, teruskan mengkaji. Kepada yang memancing kelah, teruskan memancing. Kepada yang memelihara di dalam akuarium, teruskan hobi anda. Kepada yang menternak, teruskan usaha anda.
Kepada yang masih belum memulakan hobi memelihara kelah di rumah/taman/persekitaran anda, jom mulakan.
Kita semua adalah penggilai dan penggila ikan kelah:)
J @ IkanKelah.com
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah,
Kami sedang membina 10 kolam tanah bersaiz 120′ x 40′ utk penternakan ikan kelah dan beberapa jenis ikan lain yang telah dikenalpasti.
Target jangkamasa utk siap: 5-7 hari.
J @ IkanKelah.com
PS: Jika anda ingin mendapatkan bekalan anak benih ikan kelah merah dengan cepat, sila tempah segera, yang dulu memastikan tempahan, akan diutamakan. Hubungi 013-2814075 - Jamal. Terima kasih.
Assalamualaikum wr wb dan,
Salam hormat,
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Baru baru ini kami telah membersihkan kolam asuhan anak benih ikan kelah. Batch pertama anak benih ikan kelah merah bersaiz 1-2 inci telah kami tempatkan di dalam kolam tersebut. Kami akan membesarkan hingga mencapai saiz 3 inci utk sedia dijual.
Sementara itu, anak benih ikan kelah yang sedia untuk dijual bersaiz 3 inci, kini baru mencecah 300 ekor. Siapa cepat dia dapat. Yang menempah awal akan kami utamakan.
Boleh tel 013-2814075 Jamal utk tempahan/pembayaran.
Terkini: 300 Ekor Habis Dijual
Assalamualaikum wr wb
Rakan rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Ramai yang bertanya “berapa harga ikan kelah dan macam mana nak beli”?
Berikut ialah senarai harga yang efektif mulai 2009. Harga ini boleh berubah berdasarkan pasaran semasa dan boleh berubah pada bila bila masa.
Bersaiz 3 Inci:
< 100 Ekor = RM10/Ekor
< 1000 Ekor = RM9/Ekor
< 10,000 Ekor = RM8/Ekor
Bersaiz 7-8 Inci: RM100.00/Ekor
Bersaiz 11-12 Inci @ 1 Kaki: RM280.00/Ekor
Bersaiz 16 Inci @ 1Kg: RM500.00/Ekor
Bagaimana untuk mendapatkannya?
Oleh kerana stok ikan kelah merah belum ada, adalah digalakkan anda membuat tempahan awal dengan menghubungi kami dan menyertakan butir butir info berikut:
a. Jumlah - Nak Berapa Ekor?
b. Lokasi Penghantaran @ Ambil Sendiri?
c. Bila Nak - Apabila ada stok terus nak, atau baru merancang sahaja?
Untuk penghantaran, anda boleh membaca panduan berikut:
Oleh kerana ramai peminat yang ingin menternak ini datangnya dari negeri negeri lain. Justeru itu, kami telah bersedia menyediakan khidmat penghantaran anak benih ikan kelah ini ke negeri negeri berikut dahulu:
Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
Update: Sekarang, kami boleh hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Minima order: 250 ekor. Harga seekor RM9. (Rujuk Info Harga Di Atas Utk Lebih Lanjut)
Kos penghantaran: Antara RM400 ke RM800 bergantung lokasi di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak, perlu hubungi kami utk perbincangan lebih lanjut tentang kos.
Cara Bayaran: 50% Semasa Tempahan. 50% Semasa Penerimaan. Tunai sahaja.
Pesanan:
Selepas pengesahan pembayaran pendahuluan, penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hari.
Pastikan akuarium atau kolam (tanki, simen, fiber) anda telah sedia dengan air yang telah bergerak minima 5 hari. Lagi bagus, jika telah dimasukkan dengan beberapa ekor anak ikan selama seminggu dan semua anak ikan tersebut hidup dengan baik. Jika anda membina kolam simen yang baru, pastikan kolam anda telah dirawat dengan tanah ((7 hari) dan batang pisang (7 hari) yang biasanya mengambil masa minima 14 hari. Baru masuk beberapa ekor anak ikan dan tunggu lagi 3 hari. Jika ok, baru order anak benih kelah:)
Untuk tempahan segera, sila hubungi:
013 -281 4075 =>> Jamal @ 017 - 300 4279 =>> Fadhil
Bayaran boleh dilakukan terus ke akaun berikut:
Nama Akaun: Fitrah Biotech Farm
Bank: Maybank
No. Akaun: 514477015334
Selepas membuat bayaran, boleh maklumkan bukti bayaran dengan cara:
Call/SMS: 013 -281 4075 =>> Jamal
Email: info@ikankelah.com [Boleh guna borang contact form di sini]
Anda masih ada pertanyaan? Hubungi kami segera:)
Selamat Beraqua:)
J.Kelah
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Kepada semua penggilai ikan kelah,
Pada masa ini (semenjak awal Januari) kami menerima begitu banyak sekali pertanyaan tentang stok anak benih ikan kelah tidak kira sama ada melalui email, panggilan telefon, sms, menerusi ruang komen, mahupun yang terus datang ke rumah.
Kami dalam usaha mencari stok anak benih yang baru. Dijangkakan dalam hujung bulan Februari atau Mac, baru stok kembali pulih.
Dalam keadaan yang begitu kritikal ini, masih byk email, sms ataupun komen yang belum dijawab. Kami memohon maaf. Soalan berkaitan stok, tidak akan dijawab. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, apabila stok kembali pulih, kembali ada, akan kami maklumkan secara rasmi di laman ini.
Sehingga itu, harap semua peminat ikan kelah dapat bersabar.
Soalan soalan yang tidak berkaitan secara terus tentang bekalan stok, akan kami jawab secara berperingkat dari masa ke semasa.
Kami juga sedang dalam proses membesarkan ruang penternakan kami dengan membina 12 kolam tanah baru bersaiz 60 x 40 kaki.
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Kepada semua penggilai ikan kelah dan pelawat setia IkanKelah.com
Kami dari IkanKelah.com mengambil kesempatan lembaran baru ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Masihi 2009 kepada anda semua.
Semoga tirai masa yang baru terbuka ini, memberikan kita ruang dan peluang yang lebih berkat dan menguntungkan kepada kita semua, insya Allah.
Terima kasih di atas sokongan dan dokongan anda semua selama ini.
Kepada yang telah menempah anak benih, harap bersabar, akan kami maklumkan apabila stok kembali ada.
Sehingga itu, salam hormat lagi ceria dari kami untuk anda:)
J @ IkanKelah.com
Dec 30 2008
Posted by J.Kelah in Berita, Ikan Kelah, Sorotan Akhbar |
Assalamualaikum wr wb
Rakan penggilai ikan kelah sekalian,
Hari ini, New Straits Times menyorot usaha penternakan ikan kelah kami.
Terima kasih diucapkan kepada NST kerana sudi untuk menerbitkan berita yang bertajuk:
“Firm eager to breed endangered kelah”
Untuk berita penuh, sila ke link berikut:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2438779/Article/index_html
Selamat membaca.
J @ IkanKelah.com
Assalamualaikum wr wb
Kepada penggilai ikan kelah sekalian,
Sejak 2 minggu lepas, stok anak benih ikan kelah merah telah habis. Tiada bekalan pada masa ini. Bila akan kembali pulih bekalan stok anak benih, masih tidak tahu. Sedang kami usahakan.
Untuk memastikan anda mendapat bekalan awal, anda boleh melakukan tempahan awal dengan menghubungi kami. Yang awal menempah akan diutamakan. Boleh hubungi kami sama ada melalui email atau telefon: 013-281 4075 / 017-300 4279.
Perkembangan dari masa ke semasa, akan dimaklumkan di sini.
Sehingga itu, harap bersabar.
J @ IkanKelah.com
PS: Anak benih ikan kelah hijau masih ada.
Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,
Rakan penggilai Ikan Kelah sekalian…
Hari nih kami melakukan aktiviti memindahkan ikan kelah besar dari kolam simen utk dimasukkan ke dalam akuarium… hah? utk ditayangkan kepada peminat yang datang melepaskan gian… kalau tak tahan, terus beli…
Kami ambil peluang ini untuk mengambil gambar dan menimbang berat ikan ikan kelah tersebut.
Berikut ialah beberapa koleksi gambar untuk tontonan pelayar weblog ini.
Selamat menikmati!




Haa… inilah Fadhil Noor Hadi… tulang belakang projek…



Di bawah ini ialah berat seekor ikan kelah on the way ke akuarium singgah kat timbang jap… 3.7Kg

| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||